Semua Manis Selepas Mendirikan Rumah Tangga, Berangan Je lah!

Siapalah yang tidak mahu berkahwin kan. Ramai terpengaruh bila melihat pasangan hidup bahagia selepas mendirikan rumahtangga. Alangkah bahagianya jika ada yang menjaga, memanjakan kita. Oh, bestnya kahwin!

Tapi, adakah anda benar-benar pasti anda akan bahagia seperti pasangan lain selepas berkahwin?

Memilih pasangan hidup yang betul-betul dapat memenuhi citarasa kita, bukan perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu difikirkan kerana anda bakal menghabiskan sisa-sisa hidup anda bersama mereka kelak. Mana ada orang yang nak kahwin banyak kali kan.

Tapi kan, bila wanita terlalu memilih pasangan untuk menjamin masa hadapan mereka, ia akan menyebabkan ramai wanita kahwin lewat sehingga menyebabkan purata pertumbuhan penduduk pada 2030 nanti dijangka menjunam hingga 0.7 peratus berbanding 2 .6 peratus sekitar tahun 90-an, menurut laporan sebuah portal.

Hm, boleh lah memilih, tapi kenalah berpada-pada. Masalah dalam rumahtangga itu normal. Tiada pasangan yang tidak diuji kerana Allah Maha Adil. Cuma yang membezakan adalah cara manusia menempuh dugaan dan ujian.

Untuk ketahui lebih lanjut lagi, anda boleh klik di sini untuk dengarkan Podcast Ais Kacang slot Prima Babes episod 18: Life After Marriage. 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna