Seminit Pun Dah Cukup, Pelukan Suami Buat Isteri Lebih Sihat

Alahai cik abang ni takkan tak tahu lagi isteri mesti suka perkara-perkara yang romantik tambah lagi dengan suami sendiri. Buat apa susah-susah beli barang mahal atau bawa ke restoran, wanita ni sebenarnya mudah sahaja nak pikat hati mereka cukup dengan sekadar satu pelukan setiap hari dah buat mereka berasa lengkap dan bahagia. Mudah kan?

Kuasa pelukan ni hebat tau, ia boleh membuatkan isteri anda bertambah sihat! Macam tak percaya je kan, tak perlu lama pun seminit pun dah cukup. Jom lihat di bawah apa manfaat pelukan suami buat isteri, bukan setakat merapatkan hubungn secara fizikal je malah emosi anda dan pasangan pun semakin erat. Keep scrolling! 

Image result for husband hug wife

Sumber: church

Mengurangkan Tekanan

Sebaik sahaja anda memeluk seseorang secara tidak langsung tubuh badan anda akan melepaskan hormon oksitosin. Lelaki dan wanita mempunyai perbezaan ketika mengeluarkan hormon ini, wanita akan melipat ganda oksitosin kerana tubuh badan wanita mempunyai hormon estrogen.

Mengurangkan Rasa Sakit

Bukan semua pasangan bernasib baik, kadang kala diuji dengan kesakitan yang tidak dapat ditempuh. Bagi pasangan anda yang sedang berjuang untuk melawan segala penyakit, anda sebagai suami boleh memberi dorongan dan pelukan untuk mengurangkan rasa sakit mereka. Hormon oksitosin juga dapat dilepaskan dan menyekat rasa sakit tersebut.

Image result for husband hug wife

Sumber: thebenefits

Melawan Selsema

Apa kata kalau anda dah mula rasa tidak sihat atau selsema, cepat-cepat pergi peluk suami! Jangan pandang remeh, pelukan dari orang yang anda sayang ni mampu melindungi anda dari serangan selsema tambah lagi jika anda berada dalam keadaan stress. Kalau peluk suami selalu walaupun dah selsema tak ada masalah, anda masih dapat kebaikannya.

Meningkatkan Keyakinan Diri

Kebiasaanya wanita sering berasa rendah diri dan tidak yakin dalam menempuh hari-hari mereka, ada sahaja perkara yang membuatkan mereka rasa insecure apabila melihat wanita lain lebih daripada mereka. Mungkin dengan pelukan suami anda boleh mengubah ia dan membuatkan anda berasa special sekali gus menigkatkan keyakinan diri anda.

Haa lepas ni jangan malu-malu nak minta suami peluk anda. Bila isteri sihat dan bahagia, hubungan rumahtangga anda pun akan menjadi semakin erat.

 

Untuk artikel lebih menarik, apa kata anda klik link di sini :

Dalam Diam Berlaku Curang? Ini Tip Mudah Mengesan Tindak Tanduk Si Suami

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna