Seminggu Awal Pacak Khemah! Lebih 20 ‘Roadblock’ Rentas Negeri Dah Bermula

Lebih kurang seminggu je lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba dan selalunya waktu minggu terakhir Ramadan ni highway dah padat dengan kereta kerana ramai sudah berpusu-pusu untuk pulang ke kampung.

Tapi berbeza dengan tahun ni apabila rakyat tidak dibenarkan balik ke kampung langsung apatah lagi merentas negeri, kecuali ada sebab tertentu. Tindakan ini untuk mengurangkan wabak penularan COVID-19.

Kini, sebanyak 144 Sekatan Jalan Raya Rentas sempadan negeri telah dilaksanakan oleh PDRM di seluruh negara.

Bertindak lebih awal…

Bagi memastikan tiada siapa yang berjaya lepas merentas negeri, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan dalam satu kenyataan media bahawa sekatan jalan raya di plaza tol seluruh negara telah mula dilaksanakan bermula semalam.

“Mana-mana individu yang cuba melakukan perjalanan rentas negeri tanpa kebenaran boleh dihukum mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342,” terangnya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya.

Sumber: fb

Sekatan jalan raya yang utama telah dilaksanakan…

Bagi tak mengejutkan orang ramai terutama pengguna jalan raya, kami senaraikan beberapa kawasan tol yang telah membuat sekatan untuk tempoh seminggu awal Aidilfitri 2020 ini.

Kesemua laluan yang kami senaraikan ini mengikut perkongsian dari salah seorang pengguna twitter yang mendapat info dari pihak berkuasa. Antaranya…

Sumber: mediapermata

  1. RB Bersepadu di laluan Beranang- Seremban, Kajang (Sempadan N.9)
  2. RB Bersepadu di laluan Sri Putra, Bangi atau Nilai, Kajang (Sempadan N.9)
  3. RB Bersepadu di laluan Semenyih – Broga, Kajang (Sempadan N.9) 4.
  4. RB Bersepadu di Jalan Batu 18 ke Titi, Kajang,  (Sempadan N.9).
  5. RB Bersepadu di Jalan Bagan Nira, Sabak Bernam.
  6. RB Bersepadu di laluan Sabak Bernam – Hutan Melintang, Daerah Hilir Perak, Sabak Bernam.
  7. RB Bersepadu di laluan Hulu Bernam – Tanjong Malam Mualim Perak, Hulu Selangor.
  8. RB Bersepadu di laluan Selisik Hulu Selangor ke Behrang Perak, Hulu Selangor.
  9. RB Bersepadu di Hulu Bernam arah Selatan Selangor menghala Taman Universiti Mualim, Hulu Selangor.
  10. RB Bersepadu di KM 16 Jln Batang Kali menghala Genting Highland, Hulu Selangor.
  11. RB Bersepadu di Jalan Pertak Hulu Selangor menuju ke Bukit Frazer.
  12. RB Bersepadu dari Jln Bandar Baru Salak Tinggi menuju ke Nilai, N.9, Sepang.
  13. RB Bersepadu dari Jalan Sepang ke Seremban 2, Sepang.
  14. RB Bersepadu dari Jalan Sepang menghala Port Dickson, Sepang.
  15. Plaza Tol Rawang Utara dan Selatan.
  16. Plaza Tol Subang – NKVE.
  17. Plaza Tol Sungai Buloh.
  18. Plaza Tol Kajang.
  19. Plaza Tol Saujana Putra.
  20. Plaza Tol Seafield.
  21. Plaza Tol Gombak.

Tak cukup dengan itu, warganet lain turut menambah beberapa lagi sekatan yang telah dilakukan. Mungkin mereka yang melalui kawasan itu jadi dari situ mereka membuat perkongsian juga pada orang ramai.

Sesiapa yang berniat pulang ke kampung juga, matikanlah niat tu. Lagipun, tahan untuk sekejap je. Berjihadlah sekejap demi negara dan kesihatan orang ramai serta orang tua kita.

Lagi ramai rakyat berdegil, lagi lama tempoh PKPB dilaksanakan. Stay safe, stay health!

Selamat menyambut Aidilfitri soon.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Cara Kekal Produktif Walaupun PKPB Dilanjutkan

Raya Tetap Raya Walau Cara PKPB

 

 

 

 

 

Sumber: twitter , malaysiakini

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna