Semata Untuk Cari Duit Belanja, Pasangan Warga Emas Ini Sanggup Kerja ‘Rider’ Grab

Baca tajuk je dah cukup buat hati kita tersentuh. Bayangkan, orang tua kita yang sudah berada dalam lingkungan 50-an masih lagi bekerja sebagai rider grab dalam musim PKPB ni. Meredah panas dan hujan semata-mata untuk mencari duit.

Seperti tak mungkin akan terjadi tapi, itulah yang berlaku di negara jiran kita iaitu di Thailand apabila beberapa keping gambar pasangan warga emas tular di Facebook sedang membanting tulang tua mereka untuk mencari rezeki.

Sumber: facebook

Tak nak susahkan anak…

Perkara ini dikongsikan oleh pemilik restoran Sushi di Hatyai apabila pasangan warga emas ini mengambil pesanan di restoran sushi berkenaan untuk dihantar kepada pelanggan.

Dalam kesempatan itu, pemilik restoran tersebut mengambil peluang untuk bertanya mengapa mereka masih lagi berusaha memerah keringat tua mereka di waktu tua, jawapannya adalah kerana tidak mahu membebankan anak-anak mereka dan ingin berdikari.

Bekerjasama…

“Saya minta isteri saya duduk di rumah tapi dia bosan seorang diri dekat rumah, jadi dia ambil keputusan untuk ikut membantu saya menyusun barang makanan yang dipesan,” jelasnya.

Biasalah bila dah terbiasa bekerja mencari duit berpuluh tahun lamanya, memang sampai ke tua tak kan boleh duduk rumah diam-diam. Tak apalah, kalau orang tua kita berdegil nak buat macam mana. Ikutkan je lah.

Cuma, kita sebagai anak perlu beri nasihat supaya mereka berehat dan yakinkan pada mereka bahawa kita boleh menjaga mereka seperti mana mereka menjaga kita sewaktu kecil.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bermodalkan 2 Periuk, 1 Kuali & Sudip, Pasangan Ini Berjaya Jana Duit Sebagai Youtuber!

Jagalah Sikit Hati Pasangan, Nak Tegur Pun Ada Caranya…

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna