“Selfie Terbaik Sepanjang 2019..” – Orang Ramai Teruja Bila 3 Pelakon Lejen Ini Ditemukan

Masih ingat lagi tak barisan pelakon antarabangsa yang pernah menggegarkan lakon layar mereka di kaca televisyen dan panggung wayang sekitar tahun 1990-an? Kalau nak senaraikan ramai sangat!

Tapi, kalau sebut bintang paling terkenal dari negara Cina, India dan Hollywood iaitu Jean-Claude Van Damme, Shah Rukh Khan dan Jackie Chan pasti anda semua dah kenalkan? Merekalah antara barisan pelakon yang hebat dalam dunia hiburan.

Sumber: teamshahrukhkhan

Mana tidaknya, filem mereka pernah menjadi bualan ramai dan tak pernah bosan menonton berkali-kali sehingga sekarang. Antaranya Kuch-Kuch Hota Hai, Rush Hour dan Black Water.

Sekarang ni, apa yang membuat kami nak bercakap tentang mereka bertiga kerana sekeping gambar swafoto dimuat naik menerusi laman Instagram pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan telah tular.

Bukan senang pelakon lejen yang telah berjaya menghiburkan kita sepanjang 20 dekad nak bersua muka. Dari lain-lain negara pula tu! Siapa je tak teruja? Lihat video dan gambar yang banyak lagi di bawah.

View this post on Instagram

[Video]: Jackie and Shah Rukh having dinner at #JoyForum19 #ShahRukhKhan #TeamShahRukhKhan

A post shared by Team Shah Rukh Khan (@teamshahrukhkhan) on

Suara netizen..

Rentetan itu, posting tersebut mendapat lebih 24 juta komen dari pengikut Shah Rukh Khan. Rata-rata mereka terkejut dan teruja 3 hero lejen dalam satu gambar dan ada juga mengatakan gambar swafoto ini paling terbaik sepanjang 2019! Betullah tu kata netizen.

Bagaimanapun, pertemuan mereka ini adalah kerana jemputan bagi menghadiri sebuah majlis filem industri seluruh dunia iaitu Joy Forum di Riyadh, Saudi Arabia.

Mesti mereka bertiga pun merasa teruja itu yang berswafoto bersama, ihiks!

 

Untuk bacaan yang lebih menari, anda boleh klik saja senarai artikel berikut:

Maya Karin Lebarkan Bakat Lakonannya Hingga Ke Hollywood! ,

3 Filem Tempatan Yang Buat Anda Bangga Dengan Malaysia

 

 

 

Sumber: iamsrk

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna