Selesanya Pakai Palazo Walaupun Bersaiz XXL…

Palazo bukan saja mudah digayakan malah memberikan keselesaan maksimum buat si pemakai.”

Jika anda adalah wanita yang gemarkan keselesaan namun kelihatan masih anggun, boleh cuba padankan dengan fesyen seluar palazo. Potongan palazo yang longgar menjadikannya digemari ramai, terutama wanita berhijab. Pemakaian palazo nampak lebih sopan dan ayu, kerana tidak melekap di tubuh badan.

Seluar palazo kebanyakkannya dihasilkan daripada fabrik yang menggunkan material lembut seperti lycra, sifon dan kain kapas, yang memudahkan si pemakai bergerak bebas. Palazo didatangkan dalam pelbagai warna serta corak sesuai untuk golongan wanita tanpa mengira usia, dan saiz tubuh badan. Walaupun tubuh anda berukuran XXL sekalipun, jika anda menyarungkan palazo sebagai pemakaian harian, anda masih kelihatan berfesyen dan bergaya mengikut trend. Palazo boleh digayakan dalam apa jua tempat dan acara seperti ke pejabat, majlis makan malam atau ketika bersantai bersama keluarga.

Sumber Foto: google image

Fesyen palazo mengembalikan fenomena seperti kemunculan awal sekitar 1930-an, tetapi ia tampil dengan rekaan dan perincian lebih moden, bahkan lebih bergaya untuk dipadankan sebagai persalinan pelbagai fungsi.  Palazo juga sangat serasi dan sesuai dipadankan dengan blaus, jaket kulit atau cardigan panjang untuk memberikan keseimbangan imej.

 

GAYA PALAZO IKUT KESESUAIAN TUBUH

Sumber Foto: google image

  • Wanita yang bertubuh langsing, pemakaian seluar ini bersama baju tebal sememangnya cantik. Cuba padankan dengan kasut sukan akan kelihatan ranggi. Atau pun pilih kasut yang berbucu muncung tajam untuk tampil lebih anggun. Padankan dengan blazer atau sepatu bertumit tinggi dapat meningkatkan lagi gaya profesional.

 

Sumber Foto: google image

  • Buat anda yang berani bereksperimen dan suka akan fesyen cuba padankan baju dan seluar palazo sedondon, yang dapat memberikan ilusi gaya jumpsut. Pasti ramai mata yang memandang tepat ke arah anda. Meletup!

 

Sumber Foto: google image

  • Jika memilih palazo sarat dengan motif corak, boleh padankan dengan blaus kosong atau baju T ketat untuk gaya yang santai.

 

Sumber Foto: google image

  • Jika memiliki tubuh yang genit atau rendah, padankan palazo bergaris menegak tampak bersama kasut bertumit atau tapak. Pilihan potongan palazo berukuran singkat agar anda kelihatan sedikit tinggi daripada biasa.
  • Ingin nampak kelainan, padankan palazo dengan jaket pendek atau blaus mengikut susuk tubuh. Lebih berani jika disarungkan dengan sepatu kulit yang ranggi.

 

Sumber Foto: google image

  • Ingin tampil lebih santai dan kreatif, tambahan aksesori seperti rantai, subang labuh atau tali pinggang sebagai pelengkap gaya lengkap

 

TRIVIA!

KEMUNCULAN AWAL PALAZO CETUS FENOMENA

Sumber Foto: google image

Menurut portal Berita Harian, pemakaian palazo mula dicetuskan pereka tersohor, Coco Chanel, sekitar tahun 1930-an apabila dirinya kelihatan tampil dengan rekaan seluar berkaki lebar ketika bercuti di Perancis. Sememangnya terkenal dengan idea kreatif, rekaan seluar dipakai ikon fesyen itu mula mencuri tumpuan wanita, termasuk selebriti Hollywood dari 1930-an dan 1940-an, Katherine Hepburn dan Marlene Dietrich ketika dalam penggambaran filem. Pada tahun berikutnya, seluar palazo menjadi pilihan popular untuk pakaian resort dan mula mengalami perubahan apabila pemakaiannya menjadi pilihan alternatif menggantikan gaya skirt oleh wanita Barat pada tahun 1960-an Populariti palazo terus melakar sejarahnya dalam dunia fesyen sehingga 1970-an, tetapi kemudiannya, tenggelam ditelan pengaruh arus fesyen 1980-an. Pada era itu terkenal dengan himpunan fesyen seluar ketat. Bagaimanapun, palazo kembali menggemparkan pementasan fesyen antarabangsa sekitar akhir 1990-an.

 

 

Sumber: bharian

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna