Selesaikan Masalah Bila Raya Di Kampung Dengan Cara Bijak Ni

Raya tinggal lagi berapa hari je lagi ni. Bahang-bahang kemeriahan raya pun semakin terasa bila ada kawasan kampung yang dah mula menghidupkan tradisi malam Tujuh Likur, pasang lampu raya kelip-kelip dan memutarkan lagu raya. Wah! Sudah terbayang kemeriahan raya tahun kali ni.

BACA: Mak-Mak Jangan Pening, Raya Mesti ‘Meletop’ Kalau Ikut Tip Ni

Tapi, bila dekat kampung macam biasalah mesti ada kekangan bila dah ramai-ramai datang berkumpul. Dah nama pun kampung, mesti ada banyak benda yang kurang. Tak cukup itulah, tak muat ini lah. Kelengkapan fasiliti tak selengkap di bandar. Hmm.. Macam mana nak selesaikan masalah-masalah ni?

Sumber: SH

Internet

Melayari internet menggunakan telefon pintar seolah-olah sudah digari di tapak tangan. Tak boleh lepas telefon tu. Ada saja benda nak di buat untuk media sosial. Update Instastory la, share gambar la. Bila gagal muatnaik bahan di media sosial, mulalah mengeluh dan takda mood nak beraya.

via GIPHY

Masing-masing berlumba-lumba menunjuk kemeriahan menyambut hari raya. Apa kata, raya kali ni ubah sikit gaya hidup. Letak telefon di tepi dan nikmati setiap detik yang anda lalui pada hari raya. Ingat! Raya sekali ni je, akan datang belum tentu dapat sambut raya meriah macam ni.

Makcik-makcik bawang

Kalau balik kampung, memang tak boleh nak lari dari makcik-makcik bawang. Ada je soalan cepumas yang mereka nak tanya. Bagi yang belum berkahwin, soalan ni memang popular! “Bila nak kahwin”. Tapi, bila dah kahwin, isu lain pula yang dibangkitkan.

Sumber: buasir otak

Untuk mengelakkan dari mengguris mana-mana pihak, jawab je dengan susunan ayat dengan penuh santun atau berikan mereka senyuman paling ikhlas kalau susah sangat. Jangan mudah melenting, biarkan saja apa mereka ingin katakan.

Tempat tidur

Bila dah ramai sangat berkumpul, sampai dah takda ruang nak tidur. Jangan risau, Superdeals ada buat promosi  sempena lebaran 2019. Anda boleh klik di sini untuk dapatkan harga promosi bilik apartment dengan harga yang murah.

Selamat menyambut hari raya!

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna