Selesa Hidup Dalam Bilik Bersepah? Anda Mungkin Alami Masalah Mental

“Aduh, ini bilik ke stor baju!”

Inilah yang ada dalam kepada kita bila nampak bilik anak dara kita bersepah dengan baju berlonggok atas katil sampai tak ada laluan nak melangkah. Itu belum lagi kita nampak pinggan dan cawan yang sudah berkulat tak berbasuh. Aduh, pening!

Kalau anda nak tahu, memang ada yang cakap individu yang sukakan bilik berselerak ini sebenarnya memiliki personaliti kreatif yang suka lari daripada kebiasaan. Ini kerana, mereka menemukan idea yang kreatif melalui bilik yang bersepah ini.

Sumber: i.pinimg.com

Contohnya macam ahli fikir terkenal Albert Einstein yang sangat selesa hidup dalam bilik yang bersepah. Ia melambangkan mereka yang duduk dalam bilik bersepah sangat suka bereksperimen dengan hidup dan benda baharu.

BACA: Sibuk? Ini Cara Mudah Untuk Bagi Keadaan Rumah Nampak Kemas & Bersih

Tapi tak semua orang macam itu. Ada yang kepala mereka akan serabut setiap kali nampak bilik yang bersepah-sepah. Idea langsung tak keluar. Nak bernafas pun macam tersekat. Entahlah mungkin pemilik kamar terlalu sibuk atau tak reti nak uruskan barangan mereka.

Sebenarnya, ada beberapa kes yang jauh lebih besar dan serius tau iaitu bersangkutan dengan penyakit mental. Kalau bilik bersepah sekali-sekala itu normal. Tapi yang tak normalnya apabila bilik mereka tak pernah bersih dan kemas langsung. Anda mungkin mengalami hoarding disorder kerana mengumpulkan banyak barang yang tak berguna.

BACA: Jom Deko Bahagian Basuh Baju Yang Sempit Agar Nampak Kemas

Sumber: cottsway.co.uk

Bukan itu sahaja, ada juga isu di mana bilik yang bersepah sebenarnya menunjukkan bagaimana situasi mental dan pemikiran seseorang. Ia boleh dikaitkan dengan ada sesuatu yang sedang mengganggu pemikiran seseorang.

Jika anda mengenali seseorang yang memiliki keperibadian sebegini, cuba lihat adakah dia seorang yang memang berkeperibadian hidup dalam barang yang berlonggok atau dia sebenarnya mengalami kesulitan untuk menguruskan kehidupan. Jika dia memerlukan bantuan, pergilah berjumpa pakar kaunseling untuk mendapatan khidmat nasihat.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna