Selepas Hadiri Kursus Pengurusan Jenazah, Norman Hakim Mulai ‘Barzakh Challenge’

Mendapat idea tersebut selepas baru sahaja selesai menunaikan solat subuh, Norman Hakim pelakon Malaysia popular merealisasikan idea cabaran baru yang digelar “Barzakh Challenge”.

Baru sahaja beberapa hari lepas ramai yang melayan dan sibuk mengejar sebuah cabaran yang digelar Lathi Challenge yang menunjukkan konsep dan skill bersolek.

Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim menyatakan beliau mendapat idea tersebut secara spontan. Sebelum itu, beliau juga berniat mahu berkongsikan ilmu  pergurusan jenazah yang  baru dipelajarinya.

Pelakon popular Malaysia itu menyatakan beliau merasakan tanggungjawab umat islam untuk mengingatkan umat yang lain supaya sentiasa bersedia kerana ajal boleh berlaku tidak kira masa dan juga tempat. Bukan itu sahaja, Norman Hakim yang terkenal dengan siri Gerak Khas itu merasakan ini merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mendekati golongan milenial dalam menyampaikan perkongsian ilmu agama.

 

 

View this post on Instagram

 

Ini bukan #LathiChallenge . Ini #BarzakhChallenge namanya. Suka tak suka,semua orang akan lalui terutama orang Islam dengan kaedah macam ni.Kalau saja nak ‘try & feel’ #BarzakhChallenge ni,in shaa Allah senang je.Saya dah try,ma shaa Allah mmg menginsafkan terutama orang yg banyak dosa mcm saya ni . . Btw barang2 yg diperlukan utk #BarzakhChallenge ni agak ringkas sikit dari #LathiChallange .Yang bestnya boleh simpan terus.Andai diperlukan bila betul2 ‘sampai masa’ nanti,benda dah ada.Memudahkan sikit urusan orang2 yang hidup disekeliling utk uruskan kita.Just bagitau je isteri,anak2 atau waris kat mana kita simpan . . So ni la dia barang2 persiapan untuk #BarzakhChallenge ; . 1. Cari & potong kain putih,ukuran panjang ikut tinggi tubuh badan masing2 dan lebihkan 1 kaki 6 inci di kedua-dua hujung kepala dan kaki . 2. Kain putih yang wajib hanya selapis sahaja. Tetapi lebih utama jika 3 lapis bagi lelaki dan 5 lapis bagi perempuan . 3. Untuk lelaki di sunatkan membuat baju (tidak berjahit) dan serban . 4. Sementara bagi perempuan dipakaikan telekung (tidak berjahit) . 5.Koyakkan di tepi kain selebar 14 inci untuk digunakan sebagai tali pengikat sebanyak 5 utas tali . 6.Kapas pun kena ada dan nak bagi lagi ‘feel’,sediakan kapur barus secukup rasa aroma & baunya . . Senang sikitkan dari #LathiChallenge ? Lepas dah mintak tolong orang pakaikan,bukak apps Surah Yaasin,pastu pejam je mata diam2 & ‘feel’ the moment dari mula2 kita lahir sampai la kita berbaring ni.Simple je,tak payah nak menari2 bagai pastu buat muka menakutkan.Yang atas ni pun,takyah buat muka.Saya tengok balik pun saya dah seram😅 . . Saja nak share,pada 19 Disember 1111 Hijrah,periwayat hadis kita Imam Al-Ghazali,Allah tarik nyawa dengan cara mcm ni☝🏻Dia kafankan diri dia sendiri,posisikan diri dia pada arah kiblat dan Allah terus tarik nyawa dia sbb dia dah tahu saat ajal dia nak tiba . . Last but not least,salah satu tanda kasih sayang Allah s.w.t pada kita; kita masih mampu ucap kalimah ALLAH dan LA’ILAHA’ILLALLAH walau dalam keadaan mulut ternganga pada saat Sakratul Maut.Tak percaya?Cer cuba.. . . Sekadar peringatan buat diri sendiri & renungan kita bersama🤘🏻

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on


Baca:Top 5 Tiktok #LathiChallenge Yang Paling Menarik

Di samping itu, Norman juga berharap mesej yang mahu disampaikan olehnya ini diterima dengan baik dan mudah secara spiritual malah juga emosional. Selain itu, beliau juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengimbangkan ibadah dan juga hiburan.

Tambahan pula, pendekatan ini adalah merupakan salah satu dakwah yang mahu didekatkan kepada golongan milenial dengan mudah. Norman juga turut menyuarakan pendapat tentang cabaran yang baru sahaja tular beberapa hari lepas iaitu cabaran Lathi Challenge.

@jharnabhagwani##lathichallenge ##jharnabhagwani♬ LATHI (ꦭꦛꦶ) – Weird Genius & Sara Fajira

Pelakon utama Gerak Khas itu menasihatkan orang ramai supaya bijak memilih jenis hiburan yang bersesuaian. Bukan itu sahaja, Norman juga meminta untuk tidak terlalu obses atau taksub akan hiburan-hiburan yang ada supaya ia tidak melalaikan akidah kita sebagai orang islam.

Donna bersetuju akan nasihat yang disampaikan oleh pelakon popular Malaysia ini. Mana tidaknya, kadang kala kita manusia ini mempunyai kekurangan ilmu dan pengetahuan sehingga mudah untuk terikut-ikut dan menjadi lalai dalam berhibur.

Oleh itu, pilihlah untuk berhibur dengan bijak. Donna pasti anda semua mempunyai minda dan akal yang hebat untuk memilih jenis hiburan yang bersesuaian.

Tetapi sebelum itu, Donna mahu bertanya kepada anda semua, ada bran dengan ‘Barzakh Challange’ ni? 

 

 

Baca: Top 5 Ujibakat Popular & Kelakar Buat Anda Tidak Kering Gusi

Siapa Target Online Bisnes? Ketahui 5 Jenis Bisnes Yang Meletup 2020

 

 

 

 

 

 

Sumber:Mstar

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna