Selepas Dikecam Gaya Rambut Kobis, Kini Rambut Scha Dikatakan Seperti Rambut Kak Limah Pula

Pertengahan bulan Jun lalu, media sosial kecoh dengan penggayaan rambut pelakon jelita, Scha Alyahya yang dikatakan seakan bunga kobis.

Lebih teruk lagi, ada yang mengatakan rambutnya seolah-olah baru lepas melakukan hubungan intim dengan suaminya, Awal Ashaari. Ish,ish…

Sumber: mynewshub

Kini, lagi sekali rambut pelakon pelakon berusia 35 tahun itu menjadi tumpuan netizen selepas suaminya, Awal Ashaari memuat naik gambar swafoto bersama isterinya di laman instgram ketika menghadiri sebuah majlis di Axiata Arena pada malam semalam.

Sumber: instagram awalashaari

Apa yang menarik perhatian mata netizen adalah bentuk rambut Scha Alyahya apabila topi ditanggalkan dari kepala yang kelihatan tidak kemas.

Posting itu telah dibanjiri komen-komen netizen yang mengatakan rambut isterinya seperti hantu Kak Limah dan apa yang lebih teruk lagi ada yang membandingkan rambut Scha dengan mop.

Namun, hampir semua komen yang negatif telah pun dipadam oleh Awal sendiri kerana tidak mahu ramai lagi yang turun padang mengutuk gaya rambut isteri tercintanya.

Mana tidaknya, kalau Donna pun Donna tak sanggup orang kutuk pasangan kita. Yang netizen pun, suka sangat kutuk orang, jari tu tak boleh ke taip yang elok-elok saja? Hiks!

 

 

Sumber: instagram awalashaari

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna