Selamat Ulang Tahun ke-53 Shah Rukh Khan: Fakta Tentang SRK

Makin meningkat umur, makin handsome aku tengok Shah Rukh Khan ni tau!”

Siapa tak kenal pelakon Shah Rukh Khan atau nama pendeknya SRK yang pernah meletop selepas membintangi sebuah filem Kuch Kuch Hota Hai pada era 90-an. Malah, sehingga kini namanya masih lagi disebut-sebut dan peminat masih setia menantikan kemunculannya dalam mana-mana filem.

Dalam tidak sedar, hari ini, 2 November umur aktres Bollywood telah pun genap 53 tahun! Selamat Hari Jadi SRK. Uish! Dah masuk fasa 50-an tetapi wajahnya tetap kelihatan muda dan bertenaga. Gaya penampilannya juga makin elegan dan segak!

Sumber: gq india

Berikutan itu, menerusi laman instagram miliknya beliau telah memuat naik beberapa keping gambar bersama keluarganya ketika menyambut ulang tahun hari jadinya.

Berdasarkan kapsyen pada posting tersebut, beliau telah mengatakan dirinya telah menyambut hari jadinya bersama peminat dan keluarga. Malah, beliau turut berterima kasih kepada yang terlibat serta mengingati hari jadinya.

Sumber: instagram SRK

Tidak lupa juga, peminatnya yang setia menyokong dirinya dalam bidang industri selama 26 tahun sehingga sekarang telah pun membanjiri satu majlis yang dihadiri oleh SRK sendiri untuk bertemu dengan peminatnya.

Sumber: instagram adeez ammar

Jadi, sebagai peminat Shah Rukh Khan, pasti anda ingin mengetahui serba sedikit tentang aktres yang mempunyai 36.8 juta pengikut di Instagram ini. Antaranya adalah;

Persahabatan

Masih ingat lagi dengan pelakon Bollywood Aamir Khan yang mempunyai wajah yang comel? Ya, beliau dan Shah Rukh Khan sehingga kini masih lagi berhubung dan bersahabat baik. Buktinya, menerusi laman instagram milik bapa kepada tiga orang ini, beliau telah berkongsi gambar selfie bersama rakan seperjuangannya dalam bidang lakonan.

View this post on Instagram

Hug from the Thug….!! Beat that!

A post shared by Shah Rukh Khan (@iamsrk) on

Sumber:  instagram SRK

Raja Bollywood

Selain itu, beliau pernah dinobatkan sebagai ‘King of bollywood suatu ketika dulu kerana bakatnya dalam bidang lakonan sangat hebat! Apa saja watak yang dibawa pasti menjadi dan berjaya mencuri hati penonton.

Sumber: iamsumiittt

Filem

Peminat SRK pasti tertunggu-tunggu kemunculannya dalam industri lakonan dan ternyata penantian anda tidak sia-sia kerana beliau akan muncul pada hujung tahun 2018 ini dalam sebuah filem berjudul Zero di bawah arahan Gauri Khan.

Sumber:  instagram SRK

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna