“Selalunya Isteri Yang Pujuk Saya..”- Laa, Adam Corie Kuat Merajuk Ke?

“Lu jangan ingat gua tak tahu” Eh dah kenapa pulak ni! Haa, sebut sahaja artis yang memegang watak antagonis dalam filem KL Gangster pasti ramai yang sudah tahu kehebatannya dalam industri lakonan siapa lagi kalau bukan Adam Corrie. Bukan hanya berbakat dalam bidang lakonan tetapi Adam juga adalah seorang pereka tari profesional yang mempunyai pengalaman dalam dunia hiburan lebih 30 tahun.

Related image

Sumber:  buletin

Walaupun sering memang watak ganas dalam filem, tetapi kalau anda perasan Adam sebenarnya seorang yang penyayang! Tambah pula pada tahun ini Adam telah dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel, berbunga-bunga lah hati hiks! Eh, cakap je pasal bunga, agak-agaknya macam mana lah Adam pujuk bila isteri dah start merajuk kan? Dengar cerita siap bagi bunga. Hiks!

“Selalunya isteri saya yang pujuk saya! Eh takda lah, kadang-kadang pernah saya buat bila isteri merajuk pertama saya akan diam dan fikir apa nak buat. Kemudian saya beli bunga, saya beli coklat lepastu saya hadiahkan dia”.

Related image

Sumber: diaridunia

Wow, nampak je pada luaran macam ganas tapi bak kata orang dalam hati ada taman. Bukan itu sahaja, Adam juga turut berkongsi pandangan tentang pasangan yang sering membuat keputusan untuk tunggu kewangan stabil dulu kemudian baru kahwin.

“Saya tak setuju, sebenarnya perkara ini sebelum anda kenal seseorang lagi perlu organize kewangan, kena ada plan apa nak buat. Bila dah jumpa pilihan hati, apa yang harus dilakukan untuk next step. Duit bukanlah segala-galanya, tetapi segalanya perlukan duit”

Apa-apa pun semua perkara perlukan perancangan yang baik dan teratur sebelum membuat keputusan. Donna doakan agar Adam dan keluarga kekal bahagia dan sentiasa success dalam karier agar semuanya berjalan dengan lancar.

Jom tonton video temubual Donna bersama Adam Corie:

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna