Selalu Sakit Kaki Ketika ‘Jogging’? Jangan Mengeluh Cuba Tip Ni Dulu

Nak kurus cepat sampai sanggup hari-hari pergi jogging, lepas tu mula la mengeluh badan sakit, kaki lenguh. Donna faham keinginan untuk mendapatkan badan yang ideal memang menjadi idaman setiap wanita. Tapi jangan sampai memudaratkan badan, penting untuk anda tahu tujuan jogging adalah untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Tapi kebanyakan sekarang ni ramai cepat mengeluh bila buat aktiviti di luar, alasan yang selalu kita dengar cepat penat dan sakit kaki. Eh nanti dulu jangan terus give up! Bagi anda yang sering mengalami masalah tersebut, Donna akan kongsikan tip mudah untuk membantu menghilangkan rasa sakit dan cepat penat ketika berjoging, baru la semangat nak kurus tu tak terus tenggelam.

Image result for cooling down

Sumber: lifehack

Cooling down 

Nampak simple tapi penting tau, jangan buat sambil lewa. Tidak kira sama ada anda ingin melakukan senaman ringan atau berat wajib untuk lakukan warming up dan diakhiri dengan cooling down.

Kecilkan Langkah Ketika Berlari

Baby steps! Untuk mengurangkan rasa sakit ketika berlari anda perlu kecilkan langkah agar rasa sakit pada tapak kaki dapat dikurangkan dan lagi penting untuk anda pakai kasut yang bersesuaian. Jangan main bedal je!

Jangan Tunduk Masa Berlari

Cara bernafas amat penting untuk mengelakkan anda berasa cepat penat. Ketika anda berlari elakkan untuk pandang ke bawah dan tunduk sebaiknya menegak, pandang ke hadapan.

Kelajuan Perlu Steady 

Anda perlu faham semakin kecil pace, semakin laju. Kelajuan anda harus berada dalam keadaan sederhana. Ini bermakna nafas anda tidak tercungap-cungap sewaktu berbual dengan rakan, jika ianya berlaku cuba kurangkan kelajuan sehingga dapat bernafas dengan tenang.

Untuk lebih keselesaan, apa kata anda klik di sini untuk dapatkan Gintell Airsorb Air Cushioning hanya di Superdeals!

Nak baca lagi artikel lebih menarik, senang je tekan dekat link di bawah :

Buat Kali Pertama Ke Umrah Ini Checklist Yang Perlu Disediakan Bagi Jemaah Wanita

 

 

 

Sumber: blogmaukerja

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna