Selalu Gaduh Dengan Pasangan? Praktikan Cara ‘Halus’ Ini

Sedangkan lidah tergigit jua, inikan pula kita sesama manusia”

Pertengkaran dalam sebuah hubungan percintaan adalah perkara biasa yang dialami oleh semua pasangan. Tak ada pasangan yang sempurna. Pasti ada perselisihan faham.

Namun, jika pergaduhan berlaku dengan kerap, ia akan menjadi hubungan yang tidak sihat dalam satu perhubungan cinta. Tapi, siapa nak bergaduh dengan pasangan kan?

Kali ini, Donna akan kongsikan dengan anda cara ‘halus’ yang anda boleh praktikan pada pasangan. Ia cuma memerlukan kesabaran dan ego yang rendah.  Kalau tak, tak menjadi.

Antaranya cara ‘halus’nya adalah…

Sentiasa memberikan ayat-ayat manis

Bunga kalau mekar, jika dibiarkan tidak disiram air, lama-lama layu bunga tersebut. Begitu juga perasaan cinta yang mekar dalam hati setiap individu. Jika sudah mekar, kemudian tidak disemai dengan perasaan cinta yang konsisten, lama-lama ia akan pudar.

Sumber: unspalshed

Untuk mengurangkan perkara ini berlaku, ungkapkan ayat-ayat manis kepada pasangan anda setiap hari ketika baru bangun dari tidur, sebelum berpisah pergi kerja, sebelum masuk tidur atau pasangan anda sedang leka membuat sesuatu kerja.

Sentiasa bersentuhan

Menurut kajian, sentuhan antara suami isteri dapat mengeratkan hubungan, mengurangkan tekanan dan kerisauan antara pasangan. Oleh itu, pastikan waktu tidur anda dan pasangan berpelukan ketika tidur atau menonton televisyen, mandi bersama dan sentiasa berpegangan tangan ketika keluar berjalan.

Sumber: unsplashed

Memuji dan menghargai pasangan

Lumrah manusia bila dapat pujian, hati akan berbunga. Lebih-lebih lagi memberi pujian bila pasangan anda sedang melakukan sesuatu untuk anda.

Sumber: men project

Pastikan reaksi atau respon yang anda berikan itu berunsurkan positif dan elakkan dari mengkritik usaha mereka. Ingat! Bukan senang orang nak beri usaha dan masa untuk diri kita. Hargailah!

Solat berjemaah

Jika semua poin di atas anda sudah lakukan tetapi tidak menjadi. Lihat semula apa yang masih tak lengkap dalam hidup anda. Mungkin solat anda teratur tetapi, tidak pernah melakukan solat berjemaah bersama pasangan.

Sumber: hasmi

Mulai hari ini, saat dan detik ini, ajak pasangan anda solat berjemaah bersama. Mungkin cara ‘halus’ yang terakhir ini dapat mengurangkan pergaduhan dalam hubungan. Good Luck!

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna