Selain Usia, ‘Point Last’ Buka Mata Antara Punca Wanita Mandul

Stigma masyarakat apabila lambat mempunyai anak, kesalahan pasti dituju kepada kaum wanita. Walhal si lelaki juga berpotensi besar menjadi faktor utama kerana mereka juga berisiko terhadap penyakit-penyakit bahaya yang boleh mendorong kepada kemandulan atau ketidakupayaan untuk mempunyai anak.

Walau bagaimanapun, sebagai wanita semak diri anda terlebih dahulu dan mungkin masalah tersebut boleh diubati jika punca sebenar dikenalpasti daripada awal.

Hari ini, Donna mahu mendidik masyarakat di luar sana untuk mengetahui apa punca seseorang wanita itu menjadi mandul dan apa kaedah rawatan yang boleh dilakukan untuk membantu atasi masalah sebegini.

via GIPHY

 

Faktor Usia

Memang sudah jelas apabila seseorang wanita yang mencapai tahap umur tahap kesuburannya juga turut terpengaruh. Wanita memang dilahirkan dengan bilangan telur yang tetap dan semakin meningkat umur semakin berkurang jumlah telur.

Ovarium Polikistik (PCOS)

Hormon yang tidak seimbang juga akan menyebabkan kitaran haid akan terganggu dan ini adalah penyebab seorang perempuan itu tidak subur. Paling biasa yang disebabkan oleh anovulasi atau tidak ada telur dikeluarkan. Ianya berasal daripada cyst yang berada di luar ovari.

Endometriosis

Ianya adalah salah satu penyakit yang dialami golongan wanita dan kira-kira hampir satu daripada tujuh wanita di peringkat umur 30 hingga 45 tahun menghidapi endometriosis. Ianya tidak bersifat kanser dalam tubuh wanita dimana tisu yang merangkumi rahim tumbuh di bahagian lain badan dan pinggul. Tisu yang terperangkap akan menyebabkan keradangan.

Antara punca-puncanya adalah:

  • Haid Yang Tidak Teratur
  • Senggugut  Ketika Haid
  • Sakit Ketika Bersetubuh
  • Sakit dibahagian Pelvis Ketika Haid

Berat Badan

Wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan  boleh menjadi punca akan berlakunya kemandulan manakala wanita yang mempunyai berat badan yang berkurang juga boleh menjadi punca kepada perkara yang sama. Bukan itu sahaja, wanita yang mengalami kesukaran penurunan berat badan juga berisiko untuk berlaku nasib yang sama.

 

 

Baca juga:

Hidung Tiba-Tiba Mengembang Petanda Mengandung Anak Lelaki?

Bahayakan Nyawa Tersayang, Wanita Sarat Mengandung Positif COVID Balik Kelantan

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Bidadari.my

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna