Selain Ungkapan ‘I Love You’, Cara Ini Dapat Bantu Luahkan Rasa Sayang

Jatuh cinta dan sayang merupakan lumrah manusia yang sering terjadi dalam kehidupan kita. Tidak kira perasaan sayang yang wujud tu antara keluarga, pasangan, kawan mahupun dengan binatang sekalipun. Asalkan anda merasakan tidak mahu rasa kehilangan atau berjauhan dengan mereka, itulah perasaan sayang.

Namun, ada sesetengah individu menghadapi kesukaran untuk meluahkan perasaan sayang yang wujud dalam hati mereka. Selalunya kaum lelaki yang mengalami simptom ini. Biasalah, ego!

Kita yang perempuan pula yang terhegeh-hegeh ucap ‘i love you’ pada mereka tapi, jika sering mengungkapkan ayat keramat ini, lama-kelamaan rasa bosan pula. Macam mana nak buat ni?

via GIPHY

Jalan penyelesaaian untuk meluahkan rasa kasih dan cinta pada pasangan selain daripada mengucapkan ‘saya sayang awak’ adalah…

Tempat dan masa

Pilih tempat dan masa yang sesuai untuk luahkan perasaan anda. Misalnya, bawa pasangan ke tempat pertama kali anda berjumpa atau ‘dating’ dan cuba mengenang kembali memori dulu dalam keadaan yang romantik dengan menggunakan ayat romantik.

Pemberian

Kadang, tak perlu ucap dengan kata-kata. Berikan hadiah atau layanan yang berbeza pada mereka. Misalnya, belikan suami anda baju, jam tangan atau bawa mereka makan malam yang romantik. Yang penting, jangan mengharapkan balasan. Lakukan dengan ikhlas.

Sentuhan

Wujudnya perasaan sayang yang bercambah dalam hubungan suami isteri adalah disebabkan sentuhan kasih ataupun pandangan mata. Maka, pastikan anda menyentuh badan suami anda pada setiap hari misalnya, sandar pada tubuh suami ketika menonton televisyen bersama, peluk ketika tidur atau mengurut tubuh suami anda.

Sebenarnya, bukan sebelah pihak saja yang harus menunjukkan kasih, sayang dan cinta tapi haruslah kedua-dua blah pihak juga. Orang mat saleh kata, “give and take“. Haa… barulah perasaan sayang mekar. Semoga berjaya!

 

Sumber: LS

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna