Selain Karaoke, Ini 9 Cadangan Aktiviti ‘Indoor’ Sepanjang Musim COVID-19

Semalam bermulanya arahan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini. Maksudnya, rakyat Malaysia diperintahkan untuk lebihkan masa di dalam rumah dan tidak keluar kecuali untuk urusan penting atau terpaksa. Ia sebagai inisiatif membendung penularan wabak COVID-19 yang sudah mencatatkan 2 kematian di Malaysia.

Bagi anda yang sudah biasa keluar rumah untuk berjalan-jalan dan panas punggung jika duduk di rumah lama-lama. Sudah tentu ini adalah pengalaman baharu. Jadi, kami di Donna ingin memberikan cadangan apakah aktiviti yang ada boleh lakukan di rumah bersama-sama keluarga.

Mana tahu, lepas anda baca artikel ini, anda boleh isi masa anda dengan perkara yang menyeronokkkan. Ha, pastikan anda baca sampai habis, tau!

Buat biskut

Bila kali terakhir anda habiskan banyak masa di dapur? Jadi, apa kata masa yang terluang ini anda ajak ahli keluarga anda ke dapur dan lakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti buat kek atau biskut beramai-ramai. Alah, tak payah susah-susah. Guna resepi simple macam biskut chip atau kek batik pun okay. Barang pun senang nak dapat. Barulah meriah dapur macam hari raya.

Kemas rumah

Mungkin waktu kerja yang sangat padat membuatkan anda tidak ada masa yang banyak nak bersihkan rumah. Inilah masanya anda nak sental setiap bahagian penjuru rumah. Kalau selama ini anda hanya simpan beberapa gambar untuk inspirasi dekorasi rumah. Inilah masanya untuk anda jadikan ia kenyataan. Ubah sikit gaya dekorasi susun atur rumah anda. Ajak satu keluarga anda bantu. Barulah ada aura yang baru!

Cucuk tanam

Laman belakang rumah yang tak berusik itu, bolehlah anda gunakan untuk berkebun. Bukan selalu anda bercucuk tanam, kan? Ha, inilah masa yang sesuai untuk anda belajar cara gemburkan tanah, cara siram bunga, ajar nama-nama bunga dan juga cara nak jaga pokok. Bak kata orang, berbakti kepada tanah. Kalau dah penat tu, bolehlah buat cekodok sambil minum air teh.

BACA:Beza! Rupanya Ada Cara Khas Nak Uruskan Jenazah Pesakit COVID-19

Main puzzle

Banyak sahaja permainan yang seronok dimainkan bersama-sama keluarga. Antaranya macam sudoku, puzzle atau main Saidina. Itu belum lagi batu seremban dan congkak. Alang-alang tu, buat pertandingan sekali. Siapa yang menang boleh pilih nak tengok cerita apa malam ini.

Tengok Netflix

Di sebelah malam pula, bolehlah tengok Netflix secara berjemaah. Ada banyak rancangan yang menarik sesuai untuk semua lapisan umur. Kalau anda tak minat fiksyen, boleh sahaja tengok pertandingan atau siri temubual Oprah. Kalau anda minat cerita Korea, bolehlah layan sampai pagi sambil nangis-nangis tanpa ada orang yang kacau.

BACA:Gunakan Idea Ini Untuk Hiasan Lebih Tersusun Di Ruangan Pintu Masuk Utama

Melukis

Pasti anak-anak anda suka aktiviti ini. Apalagi kalau mereka bebas untuk menggunakan apa-apa warna kegemaran mereka. Anda boleh jadi lebih kreatfif. Katakanlah hari ini anda melukis menggunakan crayon, esok mungkin pensil warna, tulat pula gunakan watercolor. Lukisan anak-anak, bolehlah anda gantung di dalam bilik mereka.

Main Tik Tok

Siapa kata anda tak boleh menari bersama anak-anak? Boleh sahaja buat tik tok dengan mereka. Mesti anak anda akan turut bergelak ketawa apabila anda merakam aksi tik tok. Alah, macam Nora Danish selalu buat, cuba tengok ni:

 

View this post on Instagram

 

Baby & mommy

A post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on

Karaoke

Apa salahnya karaoke di rumah! Ha, ajak anak anda bergelek sekali, tak ada siapa nak marah. Nyanyilah berpuluh lagu dari zaman 90 an sampailah lagu Aiman Tino pun boleh. Tapi berpada-pada. Jangan bising sampai menggangu jiran sebelah. Tak fasal-fasal bergaduh karang.

asian family singing at home

Kursus online

Inilah masa terbaik untuk anda tambah ilmu pengetahuan. Anda boleh sahaja ikuti mana-mana kelas atas talian yang ditawarkan di internet. Dari kelas memasak, kelas mengaji, kelas motivasi, kelas bahasa Inggeris semuanya ada. Tinggal nak cari sahaja. Bolehlah beri nilai tambah pada diri sendiri.

Jangan jadikan cuti anda di dalam rumah membosankan. Ada banyak perkara seronok yang boleh dilakukan bersama-sama. Paling penting, jangan balik kampung. Kekal di mana anda berada untuk mengurangkan risiko penyebaran virus. Selamat beraktiviti!

 

BACA:Pakar Kata Jangan Balik Kampung, Elak Risiko Penyebaran Wabak

 

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna