Selain ‘Exam’ Atas Pokok, Pelajar UPSI Ini Pula Buat ‘Presentation’ Dalam Hutan

Baru-baru ini masyarakat Malaysia kecoh dengan seorang pelajar UMS Veveonah Mosibin yang menjawab peperiksaannya di atas pokok setelah mengalami masalah talian internet yang perlahan. Bagi menjaminkan dirinya mudah untuk fokus dan menjawab peperiksaan dalam talian tersebut.

Kini seorang lagi pelajar yang turut menjalani sesi pembelajarannya dalam hutan. Pelajar tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang lebih dikenali sebagai Rose ED terpaksa menjalani pembelajarannya dalam ketebalan hutan demi mendapatkan talian internet. Talian internet yang kuat diperlukan olehnya bagi melakukan pembentangan berkumpulan dalam talian.

Foto:Ohmymedia

Rose ED yang merupakan gadis yang berasal daripada Pakan, Sarawak itu menggunakan kelambu sebagai salah satu langkah penyediaan sebelum melakukan presentation bagi mencegah daripada gigitan nyamuk dan serangga.

BERKELAMBU DI DALAM HUTAN 😍

Setelah melihat video viral budak Sabah haritu, harini sy trfikir mau guna idea beliau…

Posted by Rose ED on Tuesday, 23 June 2020

Menurut gadis itu, sepatutnya urusan tersebut selesai pada minggu lepas walau bagaimanapun disebabkan line yang perlahan dan bermasalah menyebabkan urusan tersebut tertangguh. Dalam pada masa yang sama, Rose sendiri idea itu tercetus selepas mengetahui kisah pelajar UMS yang memanjat pokok untuk menduduki peperiksaan dalam talian.

Hal ini juga kerana kawasan tinggi seperti berbukit dan ladang menoreh getah mempunyai line yang lebih baik berbanding sekitar rumah panjang dan Rose memilih kawasan hutan kerana ia berhampiran dengan kebun bapanya.

Tambahnya lagi, punca kurang kemampuan dan keperluan kos untuk berulang alik ke pekan menjadi penyumbang kepada dirinya berada di dalam hutan untuk belajar. Usaha itu dilakukan olehnya dek kerana mahu mendapatkan maklumat dalam sesi pembelajaran atas talian bagi memerlukan untuk projek pelajar tahun akhir.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Ohmymedia

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna