Selain Daripada Keselamatan, Perkara Ini Juga Penting Semasa Travel

Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada; Surah al-Hajj, ayat 46,”

Islam menggalakkan umatnya untuk menyelongkar keindahan dunia. Jadi, untuk penggembaraan segalanya berjalan dengan lancar, seelok-eloknya anda perlu tahu pantang larang ketika melancong supaya sentiasa dilindungi dan selamat ketika menziarah bumi asing.

Begitulah, zaman sekarang yang kebanyakkan wanita pasti akan melaburkan wang mereka dengan melancong keluar negara. Lebih-lebih lagi wanita yang gemar melancong waktu cuti panjang. Kalau bukan luar negara, dalam negara.

Sumber: theruka

Namun pun begitu, ramai yang terlepas pandang tentang perilaku diri ketika berada di negara orang kerana mereka menganggap tingkah laku mereka dapat diterima di setiap ceruk negara.

Malangnya, telahan mereka salah. Anda perlu ingat, setiap negara mempunyai cara hidup atau budaya mereka tersendiri. Jadi, jagalah diri anda tidak kira dari segi keselamatan, barangan, perbelanjaan dan juga tingkah laku.

Antara tingkah laku yang perlu anda ingat ketika melancong adalah;

Tidak menunjuk-nunjuk

Setiap kali pergi bercuti, anda perlu beringat! Tidak perlu menunjuk-nunjuk dengan kemewahan yang anda miliki kerana anda tidak tahu sejauh mana keselamatan di negara orang dan kalau anda sudah membuat kaji selidik tentang kes jenayah di negara tersebut, belum tentu anda selamat dari orang jahat.

Jauhi maksiat

Tidak salah mengenali budaya masyarakat di negara lain, tetapi jangan melebih-lebih sekiranya tempat yang anda melancong itu kebanyakkannya tidak beragama Islam kerana diri anda melambangkan agama dan juga bangsa anda sendiri.

Walaupun anda merasakan tiada siapa yang memerhati atau tiada siapa yang kisah, ingatlah semula ajaran yang dituntut dalam Islam. Tambahan pula, jika anda tidak menjaga batas di negara orang, takut perkara buruk pula yang terjadi.

Menutup aurat

Sumber: gogirl

Ya, melancong ke negara orang akan menyebabkan anda merasakan lebih bebas berbanding di negara sendiri, lebih-lebih lagi di negara barat. Tetapi, itu bukan satu tiket untuk anda tidak menjaga aurat.

Penjagaan penampilan diri ketika melancong amatlah dititik berat kerana ingin mengelakkan timbul sebarang fitnah. Terutama jika anda nama di negara sendiri.

Berbelanja berpada-pada

Sumber: Eh!

Ketika melancong, mungkin nafsu ketika memborong barang akan menjadi tidak terkawal kerana mata anda menjadi rambang apabila melihat barang yang cantik-cantik dan unik yang mugkin tidak ada di negara kita.

Jadi, sebelum membeli, fikir terlebih dahulu kegunaan barang tersebut sama ada berguna atau tidak. Kalau sekadar ingin membeli untuk memuaskan nafsu, lebih baik anda hentikan niat membeli barang tersebut.

Tahu beza halal dan haram

Sumber: rawpixel

Jika melancong ke negara orang, sudah semestinya kita tahu jenis makanan yang terdapat di negara tersebut. Malah, pasti ada di antara anda semua ingin mencuba kesemua makanan-makanan yang terdapat di negara tersebut.

Lebih-lebih lagi jenis makanan yang ada di negara tersebut agak pelik dari segi rupa dan rasa. Namun, anda perlu beringat, makanan di luar negara tidak semuanya halal. Jadi, pastikan anda memilih dari sumber makanan yang halal.

Apa pun, kepada yang ingin keluar melancong terutama yang melancong bersendirian, dengarkan lagu yang santai di bawah ini.

 

Sumber: travelholic

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna