Puaskan Ghairah Pasangan Ketika Hamil Dengan Posisi Seks Ini

Andai ibu dan kandungan dalam keadaan sihat, aktiviti ini boleh dinikmati seperti biasa sepanjang kehamilan.”

Mengetahui diri hamil semestinya mengujakan setiap pasangan. Bermulalah episod setiap pergerakkan dan aktiviti wanita hamil itu akan dihadkan kononnya agar keselamatan si ibu dan kandungan selamat hingga tarikh tempoh melahirkan anak menjelma. Malah ada juga yang telah menghadkan waktu untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan tidak seperti kebiasaannya. Kebanyakkannya risau jika aktiviti asmara ini berjalan seperti biasa takut akan menjejaskan kandungan dan menyakitkan wanita hamil itu akibatkan tekanan berlebihan diperut. Ada juga yang mengatakan kerisauan jika mengalami orgasma akan menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang. Ini merupakan antara soalan lazim yang sering berlegar-legar di fikiran.

Sumber Foto: upregnancy.com

Berita baik, wanita hamil dan pasangan tidak perlu berpantang untuk melakukan hubungan intim sepanjang 9 bulan usia kandungan. Sebenarnya seks semasa hamil selamat dilakukan sekiranya tiada sebarang masalah dari aspek perubatan seperti pendarahan awal semasa hamil. Jika ibu dan kandungan dalam keadaan sihat, aktiviti ini boleh dinikmati seperti biasa sepanjang kehamilan.  Cuma mungkin pada peringkat awal wanita hamil akan berasa tidak selesa atau hilang selera seksual jika mengalami alahan teruk. Keadaan perut yang memboyot juga mungkin tidak memberi keselesaan semasa hubungan berlangsung. Tetapi jika kehamilan mengalami pendarahan maka hubungan intim tidak digalakkan kerana faktor fizikal dari tusukan semasa hubungan kelamin boleh membawa kepada keguguran. Berbincanglah dengan doktor yang merawat anda terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan sendiri.

 

POSISI SEKS YANG SELAMAT & SESUAI UNTUK WANITA HAMIL

Sumber Foto: dailystar

Anda dan pasangan boleh menjadi lebih kreatif semasa melakukan hubungan seks dengan memberikan posisi yang selesa untuk perut anda.  Kekerapan menjalin hubungan seks semasa hamil tidak berkaitan secara langsung dengan susah atau senangnya proses kelahiran seseorang wanita. Mungkin ada kebenaranya tetapi banyak faktor lain yang menjadi punca seseorang wanita itu senang bersalin antaranya saiz pelvis ibu, kedudukan kepala anak dan berat bayi. Oleh itu tidak perlu risau jika ada yang menyatakan kerapnya melakukan hubungan intim pada awal kehamilan akan menyebabkan bayi keluar lebih awal dari tarikh sepatutnya. Nah, praktikan posisi ini segera jika sedang hamil, pasti ia lebih membangkitkan ghairah anda dan pasangan.

Sumber Foto: Babycentre UK

  • Ramai pasangan memilih untuk melakukan hubungan intim dengan gaya yang biasa atau klasik ini. Suami boleh alaskan bantal kecil yang lembut dibelakang pinggan si isteri untuk memberi keselesaan.

 

Sumber Foto: Babycentre UK

  • Posisi baring di sisi lebih selamat untuk anda yang hamil. Ini kerana sebahagian besar beban pasangan akan jauh dari perut anda. Posisi sisi ini juga memberi lebih keselesaan kepada anda berdua tau.

 

Sumber Foto: Babycentre UK

  • Gunakan katil sebagai bantuan. Perut anda bukan penghalang jika anda baring telentang di tepi atau di hujung kaki katil dengan membengkokkan lutut. Suami boleh memainkan peranan dengan melutut atau berdiri di depan anda.

 

Sumber Foto: Babycentre UK

  • Baring sisi ke sisi dalam posisi sudu garfu. Namun posisi seperti ini adakalanya boleh jadi tidak selesa apabila kehamilan berada dihujung trimister.

 

Sumber Foto: Babycentre UK

  • Naik atas suami anda. Dengan cara ini perut anda tidak tertekan. Posisis ini membenarkan anda mengawal segalanya. Anda juga boleh cuba posisi duduk atas riba suami manakala dia duduk di atas kerusi.

 

Sumber Foto: Babycentre UK

  • Untuk memberi keselesaan, anda dan pasangan juga boleh melakukan hubungan intim melalui posisi ‘Stail Doggy’. Letak bantal lembut di bawah perut agar aktiviti ini tidak menekan perut  dengan kuat.

 

 

Sumber: babycenter

Featured Image:  dailystar

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna