Sekolah Warga Asing Dah Mula Beroperasi?

Beberapa hari lepas kerajaan mengumumkan sekolah akan dibuka secara berperingkat di mana pelajar yang menduduki peperiksaan besar terlebih dahulu memulakan hari persekolahan.

Ini kerana kanak-kanak bersekolah rendah adalah golongan yang berisiko tinggi mudah dijangkiti COVID-19 dan pihak sekolah mungkin agak sukar untuk mengawal pergerakan kanak-kanak pada usia tersebut.

Sumber: bh

Sekolah warga asing dah buka?

Tak cukup dengan itu, kerajaan turut mengeluarkan garis panduan seperti penjarakan sosial, kebersihan, pemakaian topeng muka, pengesahan suhu badan dan lain-lain supaya tiada kluster pelajar sekolah. Begitu ketatnya pengawasan dari pihak kerajaan.

Tapi, lain pula cerita yang berlaku di Bukit Mertajam Pulau Pinang apabila satu rakaman video berjaya dirakam. Video tersebut menunjukkan sekumpulan pelajar kanak-kanak berusia 7 hingga 10 tahun lengkap dengan berpakaian seragam sekolah.

Posted by Mohd Nazir on Sunday, June 7, 2020

Mereka menaiki van…

Lihatlah gambar yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Mohd Nazir. Gambar tersebut menunjukkan sebuah van digunakan untuk perkhidmatan menghantar pelajar warga asing ke sekolah yang terletak di kawasan rumah kedai.

Apa pun kita tak tahu sejauh mana kebenaran serta kesahihan gambar dan video yang dikongsikan kerana gambar ini tular dikongsikan di ruangan facebook. Jika benar sekolah warga asing sudah bermula, harap pihak kerajaan ambil tindakan untuk melihat sama ada sekolah mereka mengikuti garis panduan atau pun tidak.

Paling penting, penjarakan sosial perlu jaga dan pastikan kebersihan perekitaran terjamin.

 

 

 

Dapatkan promosi menarik dengan klik link ini.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“PATI Masuk Sebab Takut COVID-19 Di Negara Mereka” – Kawalan Makin Diperketatkan!

Kenderaan Lama Ditukar! Kini Kereta Polis Berwajah Baru

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna