Terletak kira-kira 120 kilometer dari Mumbai, kampung yang didiami 70 keluarga itu boleh dikatakan tersusun dan mempunyai jalan yang bersih. Setiap rumah diperbuat daripada batu-bata mempunyai pagar dan laman sendiri. Menariknya, diperkampungan ini mempunyai sebuah sekolah khas untuk warga emas yang berusia 60 hingga 90 tahun. Aajibaichi Shala atau sekolah warga emas dibuka khusus untuk wanita yang buta huruf untuk menulis, membaca dan mengira.