Sekat Bank Bekas Suami Yang Tidak Bertanggungjawab? Ini Kata Rita dan Elly

Sedihnya, selepas ditinggalkan suami, nafkah pula tidak dibayar. Terkapai-kapailah si wanita ini untuk hidup membesarkan anak-anak. Pernahkah anda terfikir, bagaimana nasib anda sendiri jika terpaksa bercerai dengan suami dan terpaksa membesarkan anak-anak seorang diri. Sungguh, ia bukan perkara yang mudah!

Baru-baru ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, kerajaan sedang memperincikan pelaksanaan penguatkuasaan keadilan syariah yang memberi tumpuan kepada wanita yang diceraikan dan tidak mendapat pembelaan.

Tindakan lebih tegas sedang dipertimbang kerajaan termasuk cadangan mengenakan sekatan bank terhadap bekas suami yang culas memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak selepas perceraian.

Walaupun tiada statistik terkini berkaitan lelaki yang gagal membayar nafkah, namun tidak dinafikan jumlahnya ramai.

Kontroversi Rita dan Elly Buka Mata Ramai Pihak

Lihat sahajalah kontroversi pelakon Rita Rudaini dan Elly Mazlein dalam menuntuk hak mereka kepada bekas suami yang mendapat liputan meluas di serata Malaysia. Ada yang tidak bersependapat kerana merasakan tindakkan mereka memalukan pihak lelaki, ada juga yang bersetuju kerana masing-masing memahami betapa pentingnya menuntut hak yang perlu selepas bercerai.

Rita yang sudah lima tahun berjuang menuntuk hak berkata, kos hampir RM 300,000 telah dikeluarkannya bagi membayar kos guaman yang membabitkan enam tuntuan terhadap bekas suami, Aidil Zafuan Abd Razak. Antaranya, kes tuntutan mutaah, edah, nafkah anak, dua kali kes hak penjagaan anak dan pengesahan perceraian.

“Saya bersyukur semuanya selesai tahun lalu. Walaupun jumlah yang diputuskan mahkamah tidak seperti apa yang dituntut, sekurang-kurangnya saya boleh menarik nafas lega. Akhirnya, perjuangan selama ini tidak sia-sia,” katanya.

Rita juga bersetuju dengan cadangan tersebut dan menambah untuk tidak membenarkan lelaki berkahwin lain jika mempunyai rekod buruk terhadap bekas isteri seperti tidak membayar nafkah.

Dalam pada itu, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein, menyifatkan ia perkhabaran gembira buat dirinya dan semua ibu tunggal.

“Saya sangat gembira dengan cadangan ini. Saya berharap ia dapat dilaksanakan segera sebab golongan senasib saya perlukan pembelaan.

Elly yang bercerai dengan pengarah Azmi Hatta tiga tahun lalu berkata, bekas suaminya itu masih gagal memberi nafkah anaknya berjumlah RM1,500 sebulan seperti diperintahkan mahkamah.

“Saya berhabis banyak untuk kes ini. Tahun depan, anak akan berusia tiga tahun dan masuk sekolah. Takkan saya kena berdepan masalah sama lagi,” katanya.

 

 

Sumber: Instagram Rita, Instagram Elly, Bhonline

Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna