Sekali Seumur Hidup Wanita Kena Cuba Minum Jamu

Perubatan alternatif menggunakan herba atau ubat-ubatan tradisional seperti jamu semakin menjadi pilihan wanita di Malaysia.”

Khasiat ubatan tradisional itu pula pelbagai, yang berperanan sebagai pencegah atau membantu mengurang sesuatu penyakit sama ada yang berbentuk luaran mahu pun dalaman.

Secara umumnya, jamu tidak menimbulkan kesan sampingan dan khasiatnya telah teruji sejak berzaman. Malah kajian yang dilakukan sejak ratusan tahun membuktikan khasiat dan keberkesanan jamu. Tradisi menggunakan jamu atau herba telah banyak diamalkan dari generasi ke generasi sampai saat ini untuk menjaga kesihatan, meningkatkan daya tahan tubuh, membantu merawat penyakit dan untuk kecantikan dalaman serta luaran.

Minum jamu sangat sinonim dengan wanita untuk kecantikan dan sesuai diamalkan oleh ibu selepas melahirkan anak untuk mengembalikan kesegaran sepanjang tempoh berpantang. Minuman ini juga dikatakan turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dari dalam kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan. Waktu terbaik amalkan jamu selepas melahirkan anak adalah kira-kira dua minggu selepas kelahiran. Ketika datang bulan juga, hadkan sementara minum jamu. Tunggu sehingga darah haid hampir kering baru kembali minum jamu.

Khasiat Amal Jamu

Sumber Foto: 123rf

  • Memulihkan tenaga
  • Memanaskan badan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membuang angin & melangsingkan badan
  • Atasi sengal badan
  • Mengurangkan bau badan
  • Mencuci dalaman badan dan menyah toksin
  • Menghilangkan keputihan
  • Memulihkan luka dalaman
  • Mengecutkan peranakkan
  • Melawaskan pembuangan
  • Menyerikan & mencantikkan kulit wajah
  • Agen awet muda

Resipi Jamu Asam Kunyit

Sumber Foto: momiia.com

Bahan-Bahan:

  • Segenggam kunyit matang
  • Segenggam halia tua
  • Segenggam temukunci. Ambil ubi dan jari jemari sekali
  • Segenggam cekur / kencur.
  • Daun Menguku 3 helai kalau besar.
  • Daun Sirih 3 ke 5 helai ikut saiz.
  • Air 1 liter
  • Asam Jawa
  • Gula Melaka
  • Garam
  • Lada Hitam

Cara Membuat:

Sumber Foto: Google Image

Cuci & kisar semua bahan. Masukkan air dan tapis. Air yang ditapis dipanaskan sehingga mendidih. Ketika mendidih, campurkan perisa seperti asam jawa, gula melaka atau garam.  Biar sehingga suam, kemudian masukkan ke dalam botol kaca. Untuk tahan lama, anda boleh simpan di dalam peti sejuk.

Cara Minum:

  • Minum satu cawan pagi dan satu cawan malam. Amalkan lepas makan. Jangan minum jamu ketika perut kosong, kang tak pasal pasal kena gastrik atau perut sebu.
  • Baki jamu boleh simpan dalam peti. Sebelum minum, panaskan suam suam kuku.
  • Boleh amalkan seminggu dua kali.
  • Rajinkan minum air suam bila amalkan jamu supaya lawas.

 

 

Keyword Siti Nurhaliza On Tour : Anta Permana

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: jussehat.com cosmopolitan.co.id

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna