Sekali Gigit Penuh Mulut Dengan Inti! Resepi Cucur Badak Yang Patut Anda Cuba

Zaman sekarang ni asyik viral dengan makanan yang berkeju sahaja sampai kan kuih pun nak letak cheese. Haa daripada anda belajar buat resepi-resepi tu, apa kata anda hidangkan cucur badak kepada anak-anak, bukan sahaja sedap kerana inti kelapa yang penuh tapi dalam masa yang sama anda boleh mengajar juga mereka mengenali kuih tradisional masyarakat Melayu.

Menarik kan? Jom lihat di bawah untuk tahu bahan dan bagaimana cara penyediaanya!

Image result for cucur badak

Sumber: sri talamaz 

Bahan Inti

  • 1 biji kelapa parut saiz sederhana
  • 10 15 tangkai cili kering
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 2 batang serai saiz kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk udang kering

Bahan Kulit

  • 1/2 kilogram  ubi keledek
  • 1 sudu makan majerin
  • 1 cawan tepung gandum
  • secubit garam

Cara Penyediaan

Ubi keledek direbus sehingga empuk dan lenyekkan ia semasa tengah panas dengan menggunakan sudu. Apabila sudah sejuk, baru masukkan tepung, majerin dan juga secubit garam. Ratakan doh tersebut dan jadikan ia bulat-bulat kecil, masukkan intin anggaran 1/2 sudu makan mengikut saiz doh anda. Jika tak nak melekat anda boleh letakkan sedikit minyak pada tangan anda. Dah siap anda boleh panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga kekuningan.

Cucur badak ni adalah salah satu kuih tradisional yang semakin lama semakin pupus, kemungkinan generasi baru akan datang tidak dapat merasainya jika anda  sendiri  tidak mengetengahkan dalam hidangan harian mereka.

 

Jadi untuk resepi yang lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Isteri Bantu Suami Besarkan Zakar Tanpa Bantuan Ubat Atau Kaedah Yang Berbahaya

 

 

 

 

Sumber: daridapur

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna