Sejuk- Sejuk Dapat Minum Coklat Panas Memang Layan, Nak Senang Ikut Je Resepi Ni

Selalunya kalau musim hujan ni pasti anda mahu sesuatu makanan atau minuman yang hangat dan mampu mengurangkan rasa sejuk tu, betul tak? Selain makan mi segera dapat minum coklat panas pun sedap, tambah lagi sekarang kan musim hujan. Tak perlu nak susah-susah beli dekat kedai luar, dengan menggunakan serbuk koko anda boleh dapat minuman hot chocolate rasanya macam ala-ala dekat Starbucks gitu!

Bukan mak-mak je boleh buat, bagi anda mempunyai anak yang gemar dengan coklat panas. Mereka juga boleh mencuba sendiri dengan berpandukan resepi di bawah. Jom kongsikan pada satu keluarga, bukan setakat sedap malah ia lebih jimat!

Image result for hot chocolate recipe"

Sumber: thenewyorkstimes

Bahan-Bahan 

1/2 cawan ( 100gm ) gula kasar
1 sudu besar (8gm) tepung jagung
85gm dark chocolate compound, cincang kasar sikit terlebih dahulu, senang nak blend nanti
1/2 cawan ( 40gm ) serbuk koko pilihan ( guna serbuk koko van houten )
Vanilla bean belah tepi dan kikis ambil biji hitam kat dalam. (kalau tak ada boleh ganti dengan vanila ekstrak )

Cara Penyediaan

Kisarkan kesemua bahan menggunakan blender atau food processor sampai jadi serbuk. Simpan di dalam bekas kedap udara. Dapat dalam 1 3/4 cawan. Panaskan 1 cawan susu segar sampai naik wap sikit, letak hot cocoa mix dalam 3 sudu besar atau nak lagi rasa coklat tambah.kacau sampai ia mendidih dan larut. siap untuk diminum.kalau nak rasa lagi sedap letak marshmallow dan krim kat atas tu lagi bertambah sedap.

 

Haa macam mana, mudah je kan? Kalau nak resepi lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Bukan Hidangan Telur Biasa, Japanese Omelette Resepi Paling Jimat Dan Sedap!

 

 

 

Sumber: wanisukarno

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna