Sejauh Mana Vaksin HPV Lindungi Wanita?

Menurut data oleh Agensi Penyelidikan Kanser Pertubuhan Kesihatan Sedunia (IARC), menunjukkan anggaran 570,000 kes kanser serviks baharu dikesan di seluruh dunia tahun lalu, hal ini menjadikan ia kanser keempat paling tinggi dihidapi golongan wanita.

Setiap tahun, lebih 310,000 wanita meninggal dunia akibat kanser serviks dan majoriti mangsa yang maut adalah dalam kalangan mereka di negara miskin, kerana kadar imunisasi vaksin human papillomavirus (HPV) adalah rendah.

Haih, siapalah yang tak risau bila bercakap soal penyakit paling digeruni ramai ni! Namun, percaya atau tidak, masih ramai lagi yang mengaku takut hanya sekadar di bibir dan tiada tindakkan dilakukan untuk menghindari diri daripada terkena penyakit kanser ini. Suntikan? Pemeriksaan kesihatan? Berapa ramai di kalangan anda yang sedang membaca artikel ini sudah lakukannya?

Jom ikuti temu bual Donna bersama Dr Rosita Hj Ramli, Pakar Obstetricians & Gynaecologist dari Pantai Hospital Penang.

Jadi jika ditanya pentingka suntikan HPV ini kepada wanita, jawapannya adalah ya. Suntikan HPV ini penting untuk mengelakkan kes-kes seperti kanser serviks. Suntikan vaksin yang diberikan kepada pelajar perempuan bertujuan melindungi mereka daripada virus penyebab kanser serviks, perlu segera diperluaskan.

Suntikan ini dapat melindungi kedua-dua lelaki dan wanita daripada kanser yang merbahaya disebabkan oleh jangkitan HPV berisiko tinggi, contohnya:

1. Kanser Serviks: Hampir semua kes kanser serviks disebabkan oleh HPV

2. Kanser Anal: Kira-kira 95% daripada kanser Anal disebabkan oleh HPV

3. Kanser Oropharyngeal: Iaitu kanser bahagian tengah tekak, termasuk lelangit, pangkal lidah, dan tonsil. Kira-kira 70% adalah disebabkan oleh HPV juga

Sejauh mana HPV mampu mengelak kanser?

Di Malaysia, kira-kira 2,000 kes dilaporkan setiap tahun dan menjadi kanser ketiga yang kerap dihidapi wanita. Justeru suntikan vaksin HPV adalah satu keperluan dalam menangani masalah kanser pangkal rahim dan lain-lain dibawa oleh virus berkenaan.

Kesan sampingan suntikan HPV?

Suntikan vaksin HPV adalah berkesan dan selamat untuk diambil oleh kaum wanita. Vaksin ini diberi kepada remaja bertujuan mencegah barah pangkal rahim apabila dewasa kelak. Kesan sampingan biasa yang mungkin dialami oleh sesetengah gadis dan wanita adalah seperti bengkak atau lebam pada bahagian suntikan, pening, loya, pyrexia atau demam biasa yang merupakan kesan biasa selepas mengambil suntikan. Tetapi kini, suntikan HPV juga diberikan kepada lelaki untuk mencegah kanser anal dan kanser tekak.

Jika seseorang mempunyai ahli keluarga dengan sejarah kanser, apa jenis pemeriksaan yang patut dilakukan untuk memastikan dia tiada kanser?

Jika bercakap mengenai kanser, terdapat pelbagai jenis kanser dan pelbagai cara pencegahan tertentu serta ujian saringan. Gaya hidup dan pemakanan juga tidak sihat adalah menjadi punca utama kepada sesetengah kanser. Jenis pemeriksaan yang seseorang boleh lakukan adalah melalui kaedah pencegahan iaitu misalnya mengenai kanser serviks, dengan pengambilan suntikan HPV, jika kanser payudara, lakukan ujian mammogram atau biopsy, jika kanser kolon, lakukan ujian skop, dan sebagainya.

Hanya kanser payudara sahaja yang disebabkan faktor genetik, dan jika kanser kolon serta kanser serviks atau sebagainya adalah disebabkan masalah gaya hidup yang tidak sihat, jadi tidak semestinya jika kita memiliki ahli keluarga yang mengalami kanser, kita juga berpotensi mengalami sesuatu kanser. Untuk sebarang penjelasan lanjut, lakukan pemeriksaan di hospital, dapatkan nasihat dan rawatan yang betul. Amalkan pemakan sihat dan lakukan senaman. Pencegahan adalah lebih baik dari merawat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna