Sejak Perintah Berkurung, Berat Badan Mendadak naik 101kg!

Kejadian berlaku di bandar Wuhan apabila satu kes yang dikatakan pelik dan ganjil apabila berat badan seorang lelaki yang masih lagi muda berusia 26 tahun naik secara mendadak sehingga mencecah  225 pounds ketika perintah berkurung dijalankan di negara itu!

Setelah beberapa bulan menjalani lockdown atau perintah berkurung sehingga tamat waktunya, lelaki tersebut dikejarkan ke hospital menaiki sebuah ambulan pada 1 Jun lalu. Perkara tersebut berlaku kerana lelaki tersebut dikatakan mengalami masalah kesihatan yang kritikal.

Beratnya kini yang mencecah 616 pounds atau 279 Kg menjadikan beliau merupakan lelaki yang balik berat pernah direkodkan dalam negara itu. Dahsyatnya!

Lelaki yang bernama Zhou itu menjalani pemeriksaan kesihatan di Wuhan setelah dia dimasukkan ke dalam hospital pada 1 Jun lepas. Menurut sumber, Zhou dikatakan pernah bekerja di sebuah kafe internet sebelum tercetusnya penularan wabak covid-19.

Sejak bermula bulan Januari, Zhou tidak lagi keluar dari kediamannnya setelah perintah berkurung diumumkan dan menurutnya, sudah hampir 5 bulan beliau tidak keluar dari kediamannya dan ketika itu berat badannya didapati mendadak naik di luar kawalan.

Foto:www.ibtimes.sg

Kisahnya menjadi tular setelah seorang doktor yang berpengalaman di hospital tersebut menceritakan keadaan itu dan Zhou dikatakan terpaksa menjalani rawatan di sebuah hospital dan pada 31 Mei, Dr Li Zhen yang merupakan Deputy Of The Obesity & Metabolic Surgery Center di  Central South Hospital Of Wuhan University, menerima satu panggilan daripada Zhou yang meminta tolong.

Hasil pemeriksaannya didapati lelaki obesiti itu mengalami masalah kegagalan jantung untuk berfungsi dan masalah pernafasan. Bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga dikatakan tidak layak untuk menjalani sebarang ujian kerana terlalu banyak lemak dalam otaknya.

Zhou kini berada di dalam wad Obesity and Metabolic Surgery Center dan mendapati puncanya adalah disebabkan faktor genetik dan masalah endokrin yang tidak normal.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:ibtimes

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna