Seharian Bekerja, Panduan Ini Mampu Hilangkan Rasa Penat & Lesu

Setelah seharian bekerja di luar, badan mesti terasa penat sehinggakan sampai saja di rumah terus terkulai layu atas sofa. Kadang-kala tu, cadang nak baring sekejap tapi terlajak tidur sampai tengah malam.

Bayangkan, awal pagi lagi dah keluar rumah nak elak dari kesesakkan lalu lintas, sampai di tempat kerja, terus berhempas-pulas kena siapkan kerja, balik pula nak dekat waktu maghrib. Usai sampai di rumah nak uruskan anak pula, masak untuk keluarga, sapu rumah, lipat kain. Uish! Masa untuk rehat tak ada langsung!

Sumber: pexels

Sebelum itu anda perlu kaji dan selidik punca anda mengalami penat dan lesu. Pakar psikologi telah membahagikan tiga jenis lesu upaya iaitu bebanan kerja, sering mengelat dalam melakukan kerja dan kurang motivasi. Cuba anda tanya diri anda sendiri jenis lesu upaya mana yang anda alami?

Seterusnya, amalkan tip-tip di bawah supaya pekerjaan anda lebih berjaya di samping kesihatan anda terpelihara.

Berjalan menghirup udara luar

Untuk pengetahuan anda, bila anda berjalan ia dapat meningkat kelancaran aliran darah dan oksigen ke seluruh tubuh badan. Tambahan pula, satu kajian dilakukan oleh Endocrine Society di mana mereka mendapati berjalan di luar dapat membantu anda mendapat bekalan vitamin D dari matahari serta meningkat tenaga anda.

Sumber: pexels

Jadi, bolehlah keluar sebentar berjalan 10-15 minit di bawah sinar matahari kemudian minum air kopi sebentar.

Bersenam pada setiap hari

Setiap pagi, sebelum mandi untuk pergi ke tempat kerja, cuba lakukan senaman dalam 10 minit seperti lompat bintang atau tekan tubi. Jika tidak, lakukan senaman selepas pulang dari kerja, luangkan masa 15 minit untuk berlari anak di kawasan rumah anda. Berpeluh dan gerakkan tubuh yang aktif mampu meningkat tenaga anda.

Sumber: unsplash

Minum air masak yang mencukupi

Tip ini mungkin agak cliche tapi ia adalah perkara paling penting dalam kehidupan harian kita. Menurut sebuah laporan akhbar, pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkata, air putih adalah elemen terpenting dalam tubuh. Ini kerana badan kita terdiri daripada 70 peratus air dan jika air mencukupi, sel badan jadi lebih segar dan kuat.

Sumber: kakitular

Selain daripada tips di atas, anda juga perlu mengimbangkan fardhu kifayah dan fardhu ain. Sekarang ni dah tahu tip untuk elak badan rasa penat dan lesu. Harap anda amalkan. Selamat mencuba! Oh ya, selamat Hari Buruh juga buat semua warga Malaysia!

 

 

 

 

 

Sumber: LS

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna