Sedia Dikecam, Fathia Latiff Kembali Bertudung

Walaupun kata-kata mereka agak ‘laser’ tapi ia ada betulnya. Benda-benda baik kenapa saya tak ikut,”

Bila nama je artis, pasti apa sahaja tindak-tanduk yang dilakukan akan memberi impak dan mendapat perhatian umum. Mungkin bagi sesetengah merasakan ia tidak adil, namun ini adalah realitinya.

Ini juga yang berlaku kepada pelakon Fathia Latiff baru-baru ini. Tindakkannya yang kembali bertudung sebelum Ramadan lalu membuatkannya bersedia berdepan kecaman peminat berikutan keputusannya ini.

Pasti ada kritikan

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff berkata, dia tidak dapat mengelak sekiranya mereka mengaitkan dirinya sebagai mempermainkan agama.

“Saya pasti akan ada kritikan dan saya tak boleh buat apa-apa. Tapi saya suka kritikan kerana apa yang diperkatakan itu ada betulnya. Saya akan belajar dan terima apa yang diperkatakan untuk kebaikan. Mereka yang buat saya banyak berubah. Walaupun kata-kata mereka agak ‘laser’ tapi ia ada betulnya. Benda-benda baik kenapa saya tak ikut,” katanya kepada Harian Metro.

Pelakon yang mencipta nama menerusi drama bersiri Nur Kasih ini berkata, perbincangan hati ke hati dengan ibunya serta ahli keluarga membulatkan tekadnya untuk bertudung semula selepas lebih setahun menanggalkannya.

“Kata ummi (ibu), sampai bila saya asyik nak pakai dan buka tudung. Kita kena ada pendirian dalam hidup. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pula buat saya banyak luangkan masa dengan keluarga dan ada hikmahnya hingga saya buat keputusan ini.

“Sebelum ini pun saya tercari-cari pendirian sendiri. Apabila selalu bergaul dengan keluarga seperti solat Tarawih bersama, sedikit demi sedikit hidayah kembali datang,” katanya.

Fathia berkata, perasaannya berbeza sewaktu tidak bertudung di mana dia akan berasa takut, cuak dan gemuruh kerana dipandang orang.

 “Rasanya saya terlalu ego waktu buat keputusan tanggalkan tudung dulu. Tanpa tudung, perasaan saya tak tenteram dan aman. Sekarang saya keluar pun rasa lega.

“Saya juga pernah mengikuti kelas pembinaan jati diri di sebuah lokasi atas permintaan keluarga. Memang pembelajaran yang diterapkan agak ‘azab’ dan tak ubah seperti PKP,” katanya.

Kini, Fathia juga mengehadkan pergerakannya dan hanya keluar rumah atas urusan penting.

Che Ta bagi sokongan moral

“Saya tak terikut-ikut perangai macam dulu. Takkanlah pada usia begini nak terikut-ikut lagi. Saya juga sebenarnya tiada kawan rapat, tapi artis senior seperti Che Ta memang banyak bagi sokongan moral terhadap saya. Saya sekarang terapkan prinsip sebagai orang Islam memang kena pakai tudung. Tak pakai tudung itu salah. Mesti kena faham itu dan saya akan kuatkan diri,” katanya.

Mengulas sekiranya imej ini dikatakan sebagai strateginya yang menjual tudung, Fathia berkata, kata-kata ini sering didengarinya.

“Yang sebenarnya ketika jual tudung sebelum ini pun saya memang tak bertudung. Saya setuju perniagaan ini antara faktor yang buka hati saya kembali bertudung. Sampai bila nak macam dulu sahaja. Dulu saya terburu-buru buat keputusan tanggalkan tudung. Saya nak lawan benda yang betul. Saya akhirnya sedar saya wanita Islam, kena pakai tudung. Saya terfikir pada usia sekarang kenapa nak lawan cakap keluarga. Dulu lainlah kerana mungkin saya masih muda,” katanya.

 

Baca juga:

Tak Habis Lagi Isu Sharifah Rose, Kini Liyana Jasmay Pula Tudung?

Asyik Sama Je, Kami Ada Idea Melilit Tudung Untuk Style 2020

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna