Sedapnya! Jom Ikut 3 Idea Resipi Telur Ringkas Untuk Makan Malam Yang Lengkap

Nak makan apa ye malam ni? Haa persoalan tu pasti sering menganggu anda, tambah lagi buat para suri rumah sampai kehabisan idea untuk masak hidangan apa buat keluarga. Donna faham kadang-kala pasti anda tercari-cari idea resipi yang mudah dan sedap untuk dijadikan hidangan. Jom kita cuba 3 idea resipi telur ringkas untuk makan malam yang lengkap!

Image result for kerabu telur dadar

Sumber : myresepi

Resipi Kerabu Telur Dadar Hiris

Takkan nak masak telur goreng biasa je? Apa kata anda cuba sesuatu yang lain dan lebih menarik, iaitu kerabu telur dadar hiris yang digaul bersama dengan bahan-bahan seperti bunga kantan, cili merah, bawang besar dan banyak lagi sayuran segar yang anda boleh tambah mengikut citarasa untuk membuatkan ia lebih lengkap dan menyelerakan.

Bahan-bahan

  • 4 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 10 tangkai daun kesum (dihiris)
  • 1 labu bawang besar   (dihiris)
  • 5 biji cili api   (dihiris)
  • 2 biji cili merah   (dihiris)
  • 1 batang timun   (dihiris)
  • 1 kuntum bunga kantan   (dihiris)
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 2 sudu makan jus limau

Cara Penyediaan 

  1. Pukul telur bersama sedikit garam.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali leper dan dadarkan telur tadi.
  3. Gulungkan dan hiris nipis.
  4. Masukkan bahan hiris ke dalam mangkuk besar.
  5. Masukkan telur, sos ikan, jus limau, dan garam. Gaul rata. Hidangkan.

Related image

Sumber : lifestyle

Resipi Telur Dadar Udang

Bagi penggemar hidangan seafood, jom cuba resipi telur dadar udang. Anda boleh hidangkan bersama nasi campur atau pun boleh dimakan begitu sahaja yang pastinya tak sampai 10 minit dah siap! Mudah dan sedap.

Bahan-bahan

  • 5 biji telur
  • 200 g udang (dibuang kulit)
  • 2 biji cili merah (dicencang)
  • 1 ulas bawang putih (dicencang)
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 pokok daun bawang (dipotong pendek)
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan 

  1. Masukkan udang dan telur ke dalam mangkuk adunan.
  2. Masukkan cili merah, bawang putih, bawang besar, daun bawang, dan
    garam. Gaul sehingga rata.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali non-stick dan masukkan adunan
    telur.
  4. Masakkan sehingga adunan telur nampak keras.
  5. Terbalikkan perlahan-lahan dan biarkan sehingga garing.
  6. Sedia dihidangkan.

Image result for telur tauhu masak kicap

Sumber : myresipi

Resipi Tauhu Telur Masak Kicap

Aroma bawang putih, halia, bawang merah bersama kicap apabila ditumis memang sangat menyelerakan! Haa hidangan ini lebih unik kerana dengan adanya tauhu segar yang dicelup tepung memberikan tekstur yang rangup dan sedap dimakan bersama telur.

Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • Garam secukup rasa (sekiranya perlu)
  • 4 keping tauhu (dipotong 2)
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 inci halia (Dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 1 biji cili merah (Dihiris)
  • 5 biji cili api (Dihiris)
  • 4 sudu makan kicap

Cara Penyediaan 

  1. Telur dipukul dengan sedikit garam.
  2. Celupkan tauhu dalam telur dan gorengkan dalam minyak yang panas sehingga garing.
  3. Angkat dan masukkan dalam pinggan hidang.
  4. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang dihiris sehingga layu.
  5. Masukkan kicap dan kacau rata.
  6. Tuangkan ke atas tauhu di dalam pinggan. Hidangkan.
Haa mudah je kan? Walaupun hanya menggunakan telur sebagai bahan utama tapi anda boleh hidangkan pelbagai masakan yang sedap dan mudah.
Untuk resipi yang lebih menarik anda boleh klik link di sini :
Sumber: says
Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna