Sedap & Pedas Menyucuk! Jom Cuba Resipi Perapan Ayam Untuk BBQ

Sedaplah kau perap ayam ni. Share resipi!”

Biasanya kalau makanan tu sedap, memang akan ada orang mintak resipi. Mungkin mereka ingin cuba buat sendiri.

Macam tu jugaklah sis pernah alami hari tu. Ramai mintak resipi lepas mereka cuba ayam perapan BBQ yang dah dibakar. Sedap dan pedas katanya, kembang jugaklah hati sis masa tu! 

Tengoklah gambar ayam panggang ni sebelum habis kena rembat. Nasib baik sempat ambil gambar. Berasap-asap dan berkilat kan?!

Okay jom tengok bahan apa yang dimasukkan dalam perapan ayam hari tu. Oh! Sebelum tu, Donna nak bagi tahu siap-siap yang resipi ini tak guna pun bawang dan cili kisar semua tu sebab itu perapan untuk menggoreng.

Resipi dikongsikan ni perapan untuk memanggang:

Bahan-bahan

  1. Ayam
  2. Madu
  3. Halia
  4. Serai
  5. Kicap
  6. Sos tiram
  7. Serbuk cili
  8. Serbuk kuyit
  9. Serbuk kari ayam
  10. serbuk lada putih
  11. Serbuk lada hitam

Cara penyediaan

  1. Ketuk manja halia dan serai dan masukkan ke dalam periuk berisi air untuk merebus ayam.
  2. Basuh bersih dan rebus ayam bersama serbuk lada putih, lada hitam, halia dan serai tadi selama 30 minit.
  3. Toskan ayam sehingga kering. Halia dan serai tadi jangan buang. Biarkan bersama ayam.
  4. Masukkan kesemua bahan rempah termasuklah lada putih dan lada hitam untuk naikkan lagi rasa rempah.
  5. Gaulkan sehingga sebati.
  6. Biarkan seharian dalam peti sejuk.
  7. Panggang sehingga kering dan warna berkilat.

Tip: Sukatan bahan bergantung jumlah ayam untuk diperap. Kalau banyak, letak kuantiti bahan rempah banyak dan sebaliknya.

 

Selamat mencuba!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Lepas Cuba Tiru Gaya Masak Sugu Pavithra, Wanita Ini Bongkar Sesuatu

Jom Masak Ayam 3x Pedas Versi Tekak Melayu

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna