Sedang Hamil & Menyusu Anak Serentak. Selamatkah Kandungan?

Bayi atau anak anda masih menyusu badan, dan tanpa diduga anda hamil kembali.”

Perkara pertama yang akan terlintas dalam diri setiap ibu jika perkara ini terjadi adalah bolehkah anda meneruskan penyusuan? Selamatkah kandungan kerana umum mengetahui proses penyusuan boleh membantu mengecutkan rahim sekaligus menyebabkan keguguran. Ada wanita yang terus memutuskan proses penyusuan demi menjaga kesihatan kandungan.

Sumber Foto: happyfamilyorganics.com

Apa pun jangan menidakkan hak anak yang masih menyusu walaupun anda sedang hamil. Susu ibu makanan seimbang untuk anak membesar kerana mengandungi pelbagai zat yang untuk pembesaran, pembentukan minda dan daya ketahanan tubuh. Antara zat yang terkandung dalam susu ibu seperti karbohidrat untuk memberi tenaga, lemak dalam bentuk asid lemak yang rendah dan mudah dihadamkan untuk merangsangkan pertumbuhan kulit bayi, galian seperti kalsium serta phosforus untuk pertumbuhan tulang serta otot, protein pula untuk pertumbuhan dan penyembuhan dan vitamin untuk melindungi bayi daripada penyakit.

Hak Ibu Hamil

Sumber: 123rf

Menurut Pakar Laktasi Puan Salmiah Dato’ Haji Talib, menyusu semasa mengandung adalah keputusan setiap ibu samada anda mahu teruskan atau tidak. Sekiranya anda gembira dengan apa yang sedang lakukan maka teruskannya! Menyusukan semasa mengandung adalah selamat. Mungkin benar, terdapat risiko kontraksi yang disebabkan pengecutan di payudara semasa penghasilan susu. Hormon oksitosin yang sama mempunyai fungsi pengecutan di bahagian uterus. Walau bagaimanapun reseptor kontraksi di bahagian uterus masih ‘belum matang’ untuk menerima kontraksi yang dihantar. Lalu ianya tidak boleh menyebabkan kelahiran awal. Jika anda memang pernah mengalami keguguran sebelum ini, anda perlu dapatkan nasihat daripada doktor sebelum apa-apa keputusan dibuat.

“Selalunya kita akan dengar orang cakap jika hamil akan menyebabkan produksi susu merudum. Itu tidak benar, kehamilan tidak sesekali menyebabkan susu berkurangan. Cuma ini terjadi mungkin kerana emosi si ibu ketika itu yang keletihan atau stres telah menyebabkan susu berkurangan. Setiap orang melalui proses yang berbeza, ada ibu hamil dan masih menyusukan anaknya tidak mengalami sebarang perubahan penghasilan susu,” beritahunya kepada Donna.

 

Peringkat Kandungan Susu

“Ada juga ibu yang mengalami pertambahan susu semasa mengandung. Pada trimester kedua, ibu akan menghasilkan susu berpisah (weaning milk) yang kurang laktosa (kurang manis) dan lebih sodium (rasa masin). Biasanya, hamil pada trimester ketiga akan menyebabkan badan si ibu mula menghasilkan susu dalam bentuk kolostrum. Ia bersifat pelawas maka najis anak yang menyusus mungkin akan berubah keadaannya,” kata Puan Salmiah.

Kolostrum merupakan susu ibu peringkat awal yang berwarna kekuningan yang kaya dengan antibodi, protein dan zat galian yang mampu melindungi bayi di peringkat awal daripada jangkitan penyakit. Susu permulaan atau setengah orang memanggilnya sebagai ‘kepala susu’. Jangan risau atau terkejut jika anak anda sendiri mahu bercerai susu badan. Ini mungkin disebabkan rasa susu badan si ibu mulai berubah dan anak anda menolak untuk meneruskan menyusu seperti biasa.

Sumber Foto: latchedmama.com

Namun begitu, dalam masa yang sama ibu hamil dan perlu menyusukan anak perlu mengamalkan corak kehidupan yang sihat, dapatkan pemakanan seimbang serta rehat yang cukup. Memberi susu dalam keadaan tertekan tidak menggalakkan pengeluaran susu.

 

 

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna