Sebenarnya Dalam Islam Boleh Ke Hisap Kemaluan Pasangan Ketika Bersama?

Topik ini yang sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru, namun ramai yang belum tahu. Seks oral atau menggunakan mulut pada kemaluan pasangan selalu dilakukan untuk menaikkan ‘mood panas’ atau nafsu sebelum bersama. Hm, ramai yang melakukan perkara ini, tapi adakah anda yakin ia dibenarkan dalam agama?

Yang sebenarnya, memang hal ini tidak dibincangkan secara terbuka dan tidak disebut secara terang tentang hukum hakamnya. Juga, sebenarnya tiada larangan di dalam Islam untuk suami isteri bersama kecuali seks anal.

via GIPHY

Berikut adalah antara perkongsian sebuah portal yang menunjukan tiada salahnya untuk suami isteri melakukan seks oral:

  1. نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ وَقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ مُلَاقُوهُ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِين

    Maksudnya, “Isteri-isterimu adalah ladangmu, maka datangilah ladangmu bila saja dengan cara yang kamu sukai. Dan utamakanlah (yang baik) untuk dirimu. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu (kelak) akan menemui-Nya. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang yang beriman,” (QS. Al-Baqarah [2]: 223)

  2. إنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحْيِ مِنْ الْحَقِّ لَا تَأْتُوا النِّسَاءَ فِي أَدْبَارِهِنَّ رَوَاهُ الشَّافِعِيُّ

    Maksudnya, “Sungguh Allah tidak malu dalam hal kebenaran. Jangan kalian mendatangi isteri-isteri melalui dubur mereka,” (HR Imam Syafi’i).

  3. وَقَدْ قَالَ أَصْبَغُ مِنْ عُلَمَائِنَا: يَجُوزُ لَهُ أَنْ يَلْحَسَهُ بِلِسَانِهِ

    Maksudnya, “Ashbagh salah satu ulama dari kalangan kami (Madzhab Maliki) telah berpendapat, boleh bagi seorang suami untuk menjilat kemaluan isteri dengan lidahnya,” (Lihat al-Qurthubi, al-Jami’ li Ahkamil Qur`an, Kairo-Darul Hadits, 1431 H/2010 M, juz XII, halaman 512).

  4. وَقَالَ ( القَاضِي ) : يَجُوزُ تَقْبِيلُ الْفَرْجِ قَبْلَ الْجِمَاعِ وَيُكْرَهُ بَعْدَهُ

    Maksudnya, “Al-Qadli Abu Ya’la al-Kabir berkata, boleh mencium vagina isteri sebelum melakukan hubungan badan dan dimakruhkan setelahnya,” (Lihat Abdurrahman bin Abdullah al-Ba’li al-Hanbali, Kasyful Mukhdirat, Bairut-Dar al-Basya`ir al-Islamiyyah, 1423 H/2002 M, juz II, halaman 623).

Apa yang Donna dapat dari hasil kajian adalah pandangan dari dua orang pendakwah yang terkenal di Malaysia iaitu Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) dan juga Ustaz Azhar Idrus. Lihat video di bawah untuk penerangan.

Dr Maza

Ustaz Azhar Idrus

Ha, jelas atau tidak?  Cuma, Donna nak ingatkan waktu melakukan hubungan intim sebaiknya posisi yang dilakukan tidak memudaratkan sehingga mengalami kecederaan atau melanggar peraturan syariat Islam. Cukup anda dan pasangan berasa puas. Githew!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: TheAsianParentMedia Islam

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna