Sebelum Tidur, Buat 3 Perkara Ini Untuk Dapatkan Kesegaran Esok Hari

Pernah tak anda rasa sukar untuk melelapkan mata bila berada di atas katil atau bangun esok pagi badan terasa sakit, lenguh dan lemah walaupun waktu tidur cukup 8 jam.

Ha… Itu tandanya anda tidak dapat tidur yang berkualiti. Untuk dapatkan tidur yang berkualiti bukan saja tidur yang lama tapi bergantung pada apa yang anda buat sebelum tidur.

via GIPHY

Tapi, macam mana nak dapatkan tidur yang berkualiti? Jom ikut tip yang Donna kongsikan ni!

Bacaan lain: Rimas Suami Tidur Berdengkur? Ikut Cara Mudah Kurangkan Masalah IniCuba Tip Ni, , Ubah Bilik Tidur Sempit Jadi Selesa

2 jam untuk bergolek atas katil!

Menurut Pakar Psikologi, Dr. Horowitz, jika anda mengalami simptom Insomnia, pastikan anda sudah berada di atas katil sekurang-kurangnya 2 jam lebih awal. Jika tidak, 15-20 minit sebelum pun sudah memadai.

via GIPHY

Jauhkan dengan segala alat elektronik

Lampu yang terang dan bunyi yang bising akan menganggu tidur anda. Bila nak masuk tidur, pastikan kaca televisyen ditutup dan matikan telefon bimbit anda sekurang-kurangnya sejam sebelum tidur. Dapatkan jam penggera yang lain untuk kejutkan anda pada pagi esoknya bukan menggunakan telefon.

via GIPHY

Elakkan pengambilan kafein

Tahukah anda, pengambilan kafein membuatkan anda terjaga dan bertenaga? Agak-agak sesuai tak kalau minum sebelum tidur? Mestilah tak. Apa kata, selepas ni, sebelum tidur amalkan air masak. Dalam pada masa yang sama,  dapat membantu kulit wajah anda berseri dan badan lebih sihat.

Lakukan 3 perkara ni, tidur anda pasti sihat! Tambahan pula, menurut Profesor Antropologi Biologi Universiti Toronto Mississauga, Kanada, Dr David Samson berkata, manusia bergantung kepada tidur untuk fungsi kognitif.

Antara contoh fungsi kognitif adalah berfikir, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah atau aktiviti yang berkaitan dengan mental. Semoga anda semua mengamalkan hidup sihat walaupun sebelum tidur.

 

 

 

 

Sumber: Martha Stewart

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna