Sebelum Seronok Timang Anak Pertama, Minta Si Suami Ambil Tahu Cara Cuci Uri Dengan Betul

Uri atau bahasa sains dikenali sebagai placenta. Fungsi uri agak penting kerana berfungsi untuk membekalkan oksigen dan makanan kepada bayi dalam kandungan dari darah ibu. Uri ini juga akan keluar semasa bayi keluar dari rahim si ibu.

Kemudian, barulah si ayah akan melaungkan azan atau iqamat di telinga kanan atau kiri bayi. Setelah itu, si ayah akan menerima uri dari jururawat dan mereka perlu membasuh dan menanam uri tersebut. Persoalannya, adakah kebanyakan para suami tahu cara yang betul menguruskan uri?

Sumber: suarainsan

Bukan apa, nanti baru sibuk nak tanya ibu ayah yang jauh di kampung, kan dah susah tu. Sebaiknya, sebelum bergelar ayah buatlah persiapan fizikal dan mental yang secukupnya terlebih dahulu. Jadi, kami sediakan langkah yang betul menurut Islam.

Cara basuh…

  1. Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
  2. Cuci bersih-bersih hilangkan warna darah menggunakan air paip. Jangan guna sabun atau shampoo.
  3. Ketika bilas uri dengan air, sambil tu berselawat dan baca surah 3 qul untuk pastikan uri tersebut dalam keadaan bersih dan suci.
  4. Kemudian, cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
  5. Selepas itu, cuci dengan asam jawa pula. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih untuk hilangkan bau hanyir darah. Bau hanyir darah boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya.
  6. Perahkan limau kasturi ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri. Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang liar menggali dan memakan uri tersebut.
  7. Letakkan dalam plastik, kain atau bekas yang mudah reput. Ini bagi menghalang air basuhan bercampur darah daripada menitik merata-rata ketika hendak membawanya nanti.
  8. Boleh juga diikat di dalam kain (tak semestinya kain putih) dan diikat seperti sup bunjut. Ini untuk memudahkan kita membawanya ke tempat yang yang hendak ditanam.
  9. Gali tanah sedalam yang mungkin atau agak-agak kedalaman tanah yang tidak mengeluarkan bau atau dikesan sehingga binatang dapat mengorek memakan uri tersebut.
  10. Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa meletakkan uri dalam dalam tanah dan timbus.
  11. Pastikan anda tanam di tempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan rumah, surau atau masjid.
  12. Letak batu berat bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang-binatang lain.

Sumber: penangkini

Tip: Jangan di letak lilin, paku dan barangan yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

12 langkah cara cuci uri ni bolehlah kongsi dengan si suami nanti ye? Terutama bila mengandungkan anak pertama. Banyak sangat benda nak kena belajar.

Bukan setakat sediakan barangan si kecil je tapi persiapan lain pun kena titik beratkan juga. Banyakkan membaca dan bertanya pada merek yang lebih berpengalaman.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Nama Balqis Dikatakan Tidak Baik Dan Anak Boleh Terkena Penyakit Pelik? Ini Jawapan Mufti WP

Bila Anak Lelaki Mula Membesar, Para Ibu Kena Tahu Cara Terang Pada Mereka Apa Itu Ihtilam

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: tipbahagiarumahtangga

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna