Sebelum Nak Anak Kembar, Sheikh Muszaphar Pesan Ibu Bapa Kena Ada….

Bestnya dapat anak kembar, sekali jalan dapat dua orang terus!”

Begitulah kebanyakan orang kita fikir lebih-lebih lagi pasangan yang baru saja pertama kali menerima zuriat.

Dalam kes ini mungkin ada segelintir merasakan kehamilan kembar bukanlah berita yang mereka harapkan disebabkan kekangan kewangan atau sebab-sebab lain tapi dalam pada masa yang sama pasti ada rasa keterujaan.

Apa yang membuatkan kami ketengahkan isu ini apabila netizen mula membanjiri ruangan komen Angkasawan Negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan bertanya tip untuk mendapatkan anak kembar.

Kriteria mempunyai anak kembar…

Namun, Pakar Pembedahan Ortopedik ini tidak berkongsi apa-apa tip. Apa yang ditekankan kepada orang ramai sebelum mengimpikan anak kembar adalah ibu bapa harus mempunyai beberapa kriteria.

Berikut adalah kriteria yang diperlukan…

  1. Mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.
  2. Ibu bapa harus memainkan peranan yang penting.
  3. Harus pentingkan anak-anak daripada segalanya.
  4. Perlu mempunyai banyak tenaga untuk hadapi kembar.
  5. Perancang lebih awal walaupun sekecil-kecil perkara.
  6. Perlu sentiasa bersedia dalam segala hal yang mendatang.
  7. Sentiasa menyanyangi mereka tanpa memilih kasih.
  8. Bersedia untuk tidak dapat tidur yang cukup.
  9. Fizikal dan mental perlu kuat.
  10. Tak dapat dinafikan membesarkan kembar sangat menggunakan kewangan yang banyak tapi you guys boleh menyimpan lebih awal tapi percayalah, rezeki akan datang.

Itulah antara kriteria yang Dr Sheikh kongsikan pada pasangan di luar sana. Malah, pada akhir pesanan beliau, setiap hari ibu bapa memerlukan dua kali ganda tenaga dan keseronokan sepanjang membesarkan mereka.

Ha, macam mana? Tanyalah diri sendiri sama ada mampu tak chuols memenuhi kesemua kriteria yang disenaraikan tu?

Apa yang penting, rezeki anak adalah bukan dalam bidang kuasa kita. Jadi, kembar atau tidak, bersyukurlah sentiasa dan sayangilah mereka.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Isteri Saya Frontliner, Semalam Dia Mula Batuk & Sakit Tekak…” – Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Baca Simptom Bila Mata Si Kecil Mula Rabun

 

 

 

 

 

 

Sumber: instagram

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna