Sebelum Kahwin Kena ‘Detect’ Dulu Si Dia Gay Atau Homoseksual Nanti Menyesal Tak Sudah!

Mungkin dulu jika bercakap sahaja tentang topik homoseksual ia adalah isu sensitif dan situasi tersebut jarang berlaku di kalangan rakan-rakan atau keluarga anda. Tapi apa yang mengejutkan pada hari ini lelaki gay atau lebih mudah difahami pasangan sejenis ini tidak asing lagi malah ia menjadi satu ‘trend’ tidak kira sama ada kaum lelaki mahu pun wanita.

Just imagine, pasangan anda adalah lelaki gay! Alamak, kalau belum kahwin boleh ambil langkah berjaga-jaga lagi tapi kalau dah jadi suami apa yang anda boleh lakukan? Mungkin mereka akan bertindak secara diam-diam tanpa pengetahuan anda. Anda perlu tahu golongan ini semakin berleluasa dan kemungkinan mereka akan bertindak lebih ganas dan apa yang memburukkan keadaan lagi adalah mungkin salah satu antara mereka akan terkena penyakit kelamin.

Mungkin perkongsian ini akan membantu anda untuk mengenalpasti lelaki yang berjiwa songsang ni. Diingatkan tip ini adalah sebagai satu panduan sahaja khusus bagi kaum lelaki, tetapi daripada aspek yang lain anda juga perlu menitiberatkan.

Related image

Sumber: istock

Sering Puji Laki Lain ‘Handsome’ Tanpa Segan Silu

Pernah tak suami anda puji lelaki lain dengan mengatakan mereka kacak atau berkata tentang penampilan mereka secara berlebihan. Haa, bahaya tu! Perkara macam ni memang patut di highlight kan. Sebagai seorang isteri, anda perlu berhati-hati apabila si dia puji lelaki lain dengan memuji rupa paras, bentuk badan dengan nada terpesona.

Perhatikan refleks dan intonasi apabila mereka berbicara tentang mereka, kerana di situ anda akan dapat kenali mereka mungkin suami anda sedang terpukau dek rupa paras lelaki itu.

Memegang Atau Mencuit Lelaki Di Bahagian Sensitif

Mungkin ramai yang tidak perasan dan menganggap ia adalah sesuatu perkara normal jika lelaki memegang mempunyai tabiat menyentuh dan mencuit lelaki di bahagian sensitif. Bahagian sensitif ini kebiasaanya pada paras pinggang sampai ke bawah. Kalau anda terjumpa lelaki yang macam ni lebih baik berjaga-jaga dan jangan silap langkah!

Image result for not interested in women

Sumber: brian 

Sukar Untuk Memuji Wanita

Yes! Ini cara paling mudah untuk ‘detect’ si dia sama ada lelaki itu ke arah berjiwa sonsang atau tidak. Pujian itu bukan hanya daripada aspek kata-kata malah ia melibatkan reaksi wajah seseorang apabila ia melontarkan pujian. Jika anda fikirkan semula, secara lumrah lelaki akan tertarik dengan wanita dan akan memberi pujian kepada personaliti atau imej mereka, tetapi jika seseorang lelaki itu bersikap sukar untuk memuji wanita dan menunjukkan perasaan langsung tidak berminat mungkin adalah satu petanda agar anda harus berwaspada.

Dunia zaman sekarang makin mencabar, jadi sebagai seorang wanita anda harus berhati-hati dalam memilih pasangan. Jangan nampak muka elok je terus nak sambar, selidik dulu latar belakang si dia.

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Tip Paling Penting Khas Untuk Anda Yang Suka Travel Solo!

 

 

 

 

 

Sumber: baituljannah 

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna