“Sebelum Ini Kerap Sakit Perut. Saya Tak Sangka Itu Kanser Perut Tahap 3!”- Rudy Imran

Kanser adalah penyakit yang tidak mengenal jantina mahupun usia malah berupaya menjadi pembunuh senyap dalam masyarakat sekiranya rawatan awal tidak dilakukan oleh penghidapnya.”

Merupakan individu yang sangat kreatif, disengani dan sentiasa positif, siapa sangka empunya nama besar, ‘Iman Imran’ sedang bertarung dengan kesihatan diri yang tidak berapa baik. Penulis lirik lagu terkenal yang pernah memenangi anugerah Juara Lagu atau nama sebenarnya Rudy Imran Shamsudin disahkan menghidap kanser perut tahap tiga bukan sahaja mengejutkan dirinya malah seluruh keluarga dan teman-temannya.

Bagaimanapun dia bernasib baik kerana mempunyai ahli keluarga dan rakan-rakan yang sering memberi kata-kata semangat untuk berjuang bagi meneruskan kehidupan seperti insan lain.

Bukan Sakit Perut Biasa-Biasa

Dia sama sekali tidak menyangka kerap sakit keterlaluan pada bahagian perut yang dialami juga tabiat sukar untuk membuang air besar adalah petanda kanser perut.

“Mulanya saya mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta, saya dikatakan hanya mengalami gastrik. Apabila sakit itu tidak berkurangan, saya sekali lagi ke hospital kerana mengalami sakit perut yang terus sehingga mengeluarkan darah ketika membuang air besar. Doktor kemudian mencadangkan saya menjalani pemeriksaan lanjut dan akhirnya disahkan kanser,” katanya yang juga merupakan seorang pengamal media.

Dia sempat ingatkan kepada orang ramai sekiranya ada yang mengalami sakit perut berlarutan atau kerap mengalaminya, dinasihatkan agar mendapatkan rawatan doktor atau melakukan ujian endoskopi. Sekiranya ia tidak dirawat dengan segera mungkin boleh membahayakan kesihatan. Bagaimanapun, kanser perut yang dikesan di peringkat awal berpotensi untuk sembuh berbanding kanser perut peringkat lewat.

Kanser perut, selain disebabkan oleh bakteria helicobacter pylori, para penyelidik percaya bahawa gaya hidup seperti merokok, amalan memakan makanan yang diawet, termasuklah makanan yang dikeringkan, disalai atau dijeruk juga menjadi asbab.

Bila Buat Kemoterapi Jangan Banyak Pantang Larang

Menurut Rudy, dia juga perlu menjalani rawatan kemoterapi seperti pesakit kanser lain. Ini kerana jika mendapat rawatan yang betul, penghidapnya mampu menjadi bekas pesakit kanser dan meneruskan kehidupan normal seperti insan lain meskipun perlu berjumpa doktor sekali sekala untuk mendapatkan rawatan susulan.

“Rasa takut menghantui setiap kali untuk lakukan rawatan kemoterapi tetapi selepas melihat hasil pemeriksaan kesihatan yang agak stabil, saya menepis perasaan itu dan membuat keputusan terus menjalani kemoterapi.  Ketika proses ini tiada sebarang pantang dalam pemakanan saya amalkan. Saya memerlukan tenaga untuk melakukan rawatan ini, oleh itu saya perlu makan apa sahaja yang perlu seperti minum minuman bergula dan sebaginya,” kongsi Rudy.

Namun sudah pasti, golongan ini memerlukan sokongan orang di sekeliling terutama masyarakat untuk terus berjuang meneruskan kehidupan tanpa dibelenggu status pesakit kanser seumur hidupnya.

Untuk video penuh temubual bersama Rudy, tonton video di bawah ini:

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Comments

    • FIDA
    • 6 February 2019
    Reply

    Good coverage & such a heart wrenching story by Rudi!

      • Melor
      • 18 February 2019
      Reply

      Betul.. Setuju. I didnt know that Rudy ada cancer..

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna