Sebelum Hantar Borang Nikah, Anda Kena Siap Sedia Dengan Soalan ‘Interview’ Ni

Tak sangka kita dah nak nikah. Tinggal nak hantar borang nikah je ni,”

Dalam tak sangka melangkah masuk ke gerbang perkahwinan, sebenarnya banyak faktor yang anda harus dititik beratkan. Bukan sekadar akad untuk hidup bersama sebagai suami isteri secara sah, halal, dan bermartabat.

Tapi hakikatnya masih ada lagi yang tidak bersiap siaga sebelum mendirikan rumah tangga. Buktinya, bersepah kes penceraian disebabkan hal-hal remeh di mana jika dilihat jalan penyelesaiannya hanya memerlukan dua insan untuk bersikap tolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain je.

via GIPHY

Bukan itu saja, ada juga yang tidak penuhkan ilmu di dada sebelum bernikah dan selepas bernikah pula, pasangan tersebut gagal untuk perbaiki diri untuk ke arah yang lebih baik. Bagaimana rumah tangga ingin kekal bahagia jika perkara wajib gagal dilaksanakan? Lebih teruk lagi, baca Al-fatihah pun gagap lagi. Jangan sangka tak ada ye!

Soalan yang akan ditanya…

Mahu atau tidak, anda kena ambil tahu perkara asas berumah tangga. Nak mengelat? Memang takkan boleh sebab masa nak hantar borang nikah pun anda dan pasangan akan ditemubual soal agama, rukun dan tanggungjawab. Kalau tak nak malu kerana gagal jawab soalan interview tu, berikut adalah soalan bocor yang anda boleh study.

  1. Ucap dua kalimah syahada beserta maknanya sekali.
  2. Baca Surah Al-Fatihah.
  3. Baca doa Qunut.
  4. Apa itu munakahat?
  5. Sebutkan rukun nikah.
  6. Apa itu thaharah?
  7. Hadas ada berapa jenis?
  8. Najis ada berapa jenis?
  9. Bila kena mandi wajib?

Mungkin soalan 1 hingga 3 anda dapat jawab dengan mudahnya, soalan 4 hingga 9 mungkin juga ada yang masih lagi terpinga-pinga. Berikut adalah jawapan kepada soalan diatas.

Kami harap semua pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga tidak mempunyai masalah jika ditanya soalan selain daripada soalan bocor di atas. Walaupun soal jawab semasa menghantar borang nikah ini belum dilaksanakan sepenuhnya di semua negeri, namun tidak salah anda mempelajarinya untuk kebaikkan anda dan pasangan.

Selamat pengantin baru!

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

 Ingat! Terima Menantu Biar Sesuai Untuk Anak, Bukan Ikut ‘Taste’ Kita ,

Ini Tanda Suami Masih Sayangkan Anda Lagi Setelah Bertahun Kahwin, No. 2 Tu Paling Penting!

 

 

Sumber: ig rseventkl

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna