Sebelum Derma Darah Perlu Ke Buat Test COVID-19?

Terima kasih rakyat Malaysia kerana bantu bekalan darah di negara kita mencukupi sewaktu PKP dan PKPB…”

Itulah perkongsian salah seorang doktor Pakar Perubatan Transfusi Pusat Darah Negara, Dr Norasrina Ishak kepada rakyat Malaysia berikutan kegusaran pihak hospital bakal mengalami kekurangan bekalan darah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terlalu lama.

“Sebelum tempoh PKP dan PKPB kutipan bekalan darah yang kami perolehi adalah 80% daripada hasil bergerak satu lokasi ke lokasi dan baki 20% adalah dari kutipan statik.

Bila kerajaan menjalankan tempoh PKP terlalu lama, pihak kami jadi risau bekalan darah tidak mencukupi kerana satu beg darah mampu menyelamatkan sekurang-kurangnya tiga nyawa,” jelasnya.

Sumber: cariangoogle

15 hingga 16 ribu beg diperlukan…

Tambahnya lagi, sebelum PKP pihak mereka memerlukan 15 hingga 16 ribu unit beg darah sebulan di mana dalam seminggu sekurang-kurangnya 500 hingga 600 unit beg darah perlu diberikan kepada pesakit di sekitar Hospital Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Barat.

“Bila musim PKP ni kami perlukan 300 unit beg dalam seminggu tapi apa yang kami dapat, lebih dari itu. Alhamdulilah! Mungkin kerana kerjasama daripada semua pihak antaranya pihak media, penderma dan semua perkhidmatan dalam negara,” terangnya dengan penuh bersemangat.

Sebelum derma darah perlu ke buat test COVID-19?

Malah, apa yang kami ingin ketengahkan lagi adalah isu di media sosial yang mengatakan sewaktu musim penularan wabak berbahaya ini, para penderma harus menjalani ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu sebelum menderma darah. Apakah khabar angin ini benar? Ini penerangan dari Dr Norasrina.

“Para penderma tak perlu buat saringan COVID-19 pun kerana bukan senang-senang kita nak suruh orang buat test ni. Apa yang penting individu tersebut harus dalam keadaan sihat dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Cuma untuk keselamatan para penderma harus membuat saringan ringkas seperti memeriksa suhu badan, mengisi borang dan menjawab beberapa soalan berkaitan dengan penularan penyakit COVID-19,” katanya.

via GIPHY

Dekat mana nak derma darah?

Berikutan dengan Hari Darah Sedunia bertemakan Safe Blood Saves Lives hari ini, Dr Norasrina menyeru orang ramai tampil menderma darah walaupun bekalan darah negara sekarang ini di paras lebih dari cukup. 

Jadi, bagi chuols yang ingin menderma darah tapi tak tahu dekat mana, anda boleh pergi antara senarai tempat ini untuk menderma darah.

  1. Pusat Darah Negara di Jalan Tun Razak
  2. Midvalley Donation Suite
  3. Puspanita di Putrajaya

Oh! Lagi satu, jangan takut sebab tak sakit pun derma darah. Belum cuba belum tahu. Sempena Hari Derma Darah Sedunia hari ni, jom kita derma darah, ihiks!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bila Dah Berusia, Ambil Tahu Jenis Makanan Penyebab Darah Tinggi

PKP: Orang Awam Dibenarkan Derma Darah

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna