Sebelum Borong Kain Ela Belajar Kenal Jenis Fabrik Dahulu Tau

Pakaian tradisional seperti baju kurung, kebaya atau kebarung sentiasa menawan untuk digayakan pada bila-bila masa dan di mana jua.”

Tidak hanya digayakan tatkala menyambut perayaan, hari ini baju kurung selesa digayakan ketika ke pejabat mahupun menghadiri kenduri kahwin, acara makan malam, majlis rasmi atau korporat. Biarpun dengan kehadiran pelbagai pakaian lain yang lebih moden di pesada dunia fesyen hari ini, namun baju tradisional itu juga selalunya yang dicari.

Sumber Foto: eztakaful.com

Uniknya, hari ini dengan kehadiran banyak fabrik di pasaran tekstil, baju kurung turut dihasilkan daripada pelbagai jenis kain mengikut cita rasa serta perkembangan terkini fesyen tanah air. Jadi bila masuk kedai kain, anda perlu ada pengetahuan berkenaan jenis-jenis fabrik agar anda tidak rambang mata. Kalau sudah semua anda nampak cantik, pasti rasa nak ambil semua kain dan bajet pun mesti lari. Satu lagi kepentingan kenapa anda perlu tahu jenis setiap kain agar fabrik yang dipilih sesuai untuk dibuat baju mengikut fesyen kesukaan anda.

Sumber Foto: pexels.com

 

KAIN ORGANZA – Kain organza diperbuat daripada sutera dan harganya sangatlah mahal kerana tenunannya yang sukar dan fabriknya nipis. Namun kebanyakan organza moden diperbuat daripada bahan sintetik seperti poliester atau nilon bagi memberi peluang kepada pengguna yang kurang mampu untuk mencuba kain organza. Biasanya kain organza ini digunakan untuk membuat pakaian pengantin atau majlis makan malam.

Sumber Foto: pexels.com

 

JACQUARD – Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya. Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Jacquard bersifat kilat dan licin.

CREPE – Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut. Fabrik crepe sangat selesa dan tidak panas.

KAIN CHIFFON  – Biasanya diperbuat daripada sutera,kapas dan sintetik fiber. Chiffon mempunyai tekstur yang lembut, beralun dan ringan. Chiffon sesuai dibuat gaun, riben, pakaian dalam, pakaian tradisional dan moden.  Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya biasanya chiffon dilapisi dengan kain pelapik sama ada dari kain satin atau kain lapisan dalam yang lain.

Sumber Foto: pexels.com

  • Chiffon Sutera – Menjadi pilihan untuk tudung dan shawl kerana dilhat dari segi keselesaan kepada pemakainya dan juga berkualiti. Harganya agak mahal dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan cuciannya memerlukan cucian kering. Hasil buatannya halus dan diminati ramai.
  • Chiffon Goldline – Hasil buatanya halus dan teliti. Harganya agak mahal tetapi tetap diminati ramai.
  • Chiffon Georgette – Fabrik ini adalah gabungan fabrik chiffon dan georgette.  Menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dari segi penjagaan dan juga dari segi bajet ianya lebih murah berbanding chiffon sutera. Penjagaannya mudah dan boleh dicuci dengan air.
  • Double Chiffon –Kain lebih tebal dan kurang tembus cahaya berbanding kain chiffon biasa.
  • Chiffon Plain  – Menjadi pilihan kepada mereka yang tidak suka corak pada kain.
  • Chiffon Bercetak (Printed Chiffon) – Mempunyai  motif bercetak dengan pelbagai jenis corak bunga dan abstrak.
  • Chiffon Paisley – Mempunyai motif bercorak paisley.
  • Chiffon Tribal – Mempunyai motif bercorak tribal

KAIN SATIN – Ia biasanya licin, mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Permukaannya mengkilat, digunakan membuat gaun labuh, jubah, blouse, kemeja, lingerie dan baju pengantin.

POLYESTER – Bahan polyester memiliki daya tahan yang kuat. Kelemahannya adalah kerana sifat bahan terasa panas dibadan dan tidak menyerap keringat.

SUTERA – Dikenali sebagai kain semula jadi yang paling kuat di dunia. Terkenal dengan kelembutan, berkilau, cantik dan berpenampilan mewah, kain sutera adalah salah satu gred fabrik yang tinggi memberikan keselesaan kepada si pemakai dalam semua jenis cuaca. Hari ini, terdapat pelbagai jenis sutera di pasaran seperti Chiffon, Georgette, Organza, krep de Chine, Duponi, Noil, Pongee, Shantung, Tussar, dan lain-lain.

 

Sumber Foto: pexels.com

KAIN KAPAS –  Kain yang mesra pengguna dan sesuai dengan pelbagai jenis iklim. Pada musim panas kain kapas menyejukkan badan dan menyerap peluh dengan mudah dan ia memberikan rasa hangat jika dipakai pada musim sejuk.

SONGKET – Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dalam kalangan bangsawan Melayu. Namun trend hari ini, songket telah menjadi pilihan ramai pengantin untuk pakaian majlis persandingan dan juga digayakan pada hari perayaan.

LYCRA – Turut dikenali sebagai spandex. Sifatnya yang boleh meregang kuat dan memiliki ketahanan gosokan yang tinggi. Fabrik ini menjadi kegemaran wanita untuk menghasilkan blouse, baju kurung dan jubah.

WOOL PEACH – Woolpeach adalah bahan kain yang terbuat dari sutera dan campuran serat sintetis, bahan ini umumnya ringan namun tidak tembus pandang. Disebabkan ia dibuat dari campuran serat sintetis, warna catakan pada Woolpeach biasanya lebih hidup daripada kain jenis lainnya seperti chiffon, sutera, satin, katun,dan lain-lain. Kain wool peach sifatnya jatuh, tapi tebal. Ia tidak jarang, tidak seperti kain chiffon yang transparent. Ia tidak panas apabila dipakai, tapi jika dibandingkan dengan dengan kain cotton, kain cotton lebih dingin apabila dipakai. Ia tidak mudah kusut dan senang diseterika. Sifatnya tidak berkilau. Kain wool peach banyak digunakan di negara Arab untuk membuat Jubah.

Raya pun makin dekat, jom beli kain cepat!

 

 

 

 

 

Sumber: dobiharum.com

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna