Sebelum Beli Produk, Boleh Periksa Kulit Dulu Di Sephora Farenheit88!

Bila cakap bab make up, wanita mana yang tak suka kan? Yang mana malas nak bersolek pun paling tidak akan ada bedak asas dan lipstick dalam beg tangan. Dengan bersolek walau hanya secalit lipstick mampu membuatkan anda lebih yakin dan pastinya mampu mengubah penampilan sedia ada.

Untuk yang gemarkan bersolek, meh baca berita best ni!

Sephora membuka kedai flagship terbesarnya di Malaysia di Fahrenheit88 yang berlokasi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kedai flagship ini menawarkan portfolio jenama yang menarik & beberapa perkhidmatan baharu.

Dengan keluasan lebih dari 17,000 kaki per segi, Sephora Fahrenheit88 menawarkan lebih daripada 100 pilihan jenama dan produk kecantikan dengan konsep reka bentuk kedai yang baharu dan ikonik.

“The Largest Beauty Playground” ini memaparkan inovasi melalui perkhidmatan khusus bagi ahli-ahlinya dengan tujuan untuk memberikan pengalaman membeli-belah omnichannel yang tiada bandingan.

Bersempena dengan pembukaan kedai tersebut, Sephora menawarkan sebilangan jenama eksklusif yang hanya boleh didapati di Sephora Fahrenheit88 iaitu Drunk Elephant dan Tatcha. Selain dua jenama itu, Bobbi Brown, La Mer, SK-II, Sulwhasoo, Aerin dan Maison Margiela juga boleh didapati di Sephora Fahrenheit88.

Selain itu, terdapat perkhidmatan kecantikan kulit untuk semua pengunjung seperti Perk Treatment by Hydrafacial & Perk Lips — suatu rawatan khusus yang menyegarkan untuk wajah dan bibir yang menggabungkan teknik pembersihan, pengelupasan, dan hidrasi secara serentak; dan Skincredible, by Sephora — suatu khidmat analisis kulit yang menggunakan aplikasi untuk memeriksa kesihatan kulit.

 

Di tingkat satu, ahli Gold Member boleh menikmati layanan istimewa seperti perkhidmatan membeli-belah peribadi (personal shopper) dan khidmat ukiran (engraving service) di Beauty Loft, suatu lounge peribadi eksklusif yang pertama di Sephora Malaysia.

Ha, menarik bukan? Tunggu apa lagi?

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna