Sebab Nyanyi Lagu Ni, Anak Tomok Dititah Masuk Ke Istana?

Alahai kecil-kecil lagi dah popular persis ayahnya juga. Pasti ramai yang kenal dengan dua anak comel penyanyi hebat Tomok, iaitu Arrianshah Akid dan Andrashah Iman. Eh, silap-silap ada di antara pembaca Donna ni followers setia mereka di Instagram kan..

Kalau pelantun lagu Menanti Di Sini muat naik video berkenan dengan dua puteranya di laman Instagram miliknya, mesti menarik perhatian ramai netizen. Tapi bukan itu yang menjadi topik utama kita pada kali ini.

Baru-baru ini, isteri kepada Tomok, Siti Rahayu Abas telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan dua putera mereka menyanyikan lagu Hari Keputeraan Raja Malaysia untuk Dipertuan Agong kita iaitu Tuanku Al Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah.

Video tersebut telah mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atau lebih dikenali di media sosial @cheminahsayang apabila salah seorang pengguna twitter mention video tersebut kepada Permaisuri.

“Cutenya, dari mana ni?”

Baginda telah mentitah pengguna twitter yang dikenali dengan nama Saiful Hazimie untuk menjemput dua beradik tersebut masuk ke Istana Negara kerana keletah dua beradik ni berjaya menarik perhatian Permaisuri Agong.

Wah! Rezeki Arian dan Andra, kecil-kecil lagi dah dititah masuk ke Istana atas jemputan Permaisuri lagi. Tak sabar nak tengok apa mereka lakukan di sana nanti. Apa-apa pun nanti kami akan update ya. Bye!

 

Untuk bacaan artikel lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel berikut:

Telatah Anak Tomok Jadi Cikgu Matematik Berjaya Cuit Hati Netizen ,

 Aktifkan ‘Parental Control’ Untuk Selamatkan Keselamatan Si Manja

 

 

 

Sumber: twitter Saiful Hazimie , twitter Rahayu Abas 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna