Sayu! Pesakit Buah Pinggang Kronik Terpaksa Redah Arus Sungai Demi Rawatan

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”

Selain penyakit kanser, kerosakan buah pinggang juga turut meningkat di Malaysia dan ia amat membimbangkan bagi status kesihatan masyarakat. Untuk pengetahuan anda, nisbah tiga penderma untuk satu juta penduduk di seluruh negara amat menyedihkan kerana ia menunjukkkan bahawa tahap kesedaran masyarakat di negara kita masih rendah dari sudut pendermaan organ.

Seorang wanita berusia 49 tahun yang dikenali sebagai Seniah menderita penyakit tersebut selama lima tahun dan dua minggu yang lalu baru sahaja dapat pulang ke rumah setelah sekian lama mendapat rawatan di hopsital. Dia meluahkan rasa bimbang apabila terpaksa meredah arus sungai yang deras untuk mendapatkan rawatan kerana seperti mana kita tahu musim tengkujuh masih belum berakhir.

Sumber: keluarga

Terpaksa Didukung Oleh Suami

Disebabkan penyakit kronik Seniah  semakin melarat, suaminya terpaksa dukung jika dia ingin melakukan sebarang pergerakan. Apa yang lebih teruk dan membimbangkan dia juga menghidap penyakit kencing manis sudah bertahun lalu. Kedudukan rumahnya yang terletak di Kampung Teluk Renjuna Tenaik menjadikan ia lebih sukar kerana mereka sering berdepan ancaman arus deras dan laut bergelora kerana penduduk di sana menggunakan bot sebagai pengangkutan utama.

Status Kesihatan Makin Merosot

Seniah berharap dan berdoa agar cuaca semakin baik kerana berdasarkan pemeriksaan status kesihatan dia semakin merosot dan  memerlukan banyak rawatan susulan, oleh itu dia terpaksa pergi ke hospital dengan lebih kerap. Hulurkan tangan, ringankan beban itulah tindakan pasukan aktiviti masyarakat iaitu [email protected] yang turut membantu memberi sumbangan makanan kepada keluarga Seniah.

Donna mendoakan agar Seniah dapat menjadi wanita yang kuat untuk melawan penyakit ini dan kembali sihat seperti dulu.

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Bosan Asyik Baring? Ajak Suami Cuba 4 Posisi Berdiri Yang Buat Anda Semakin Ketagih

 

 

Sumber: hmetro

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna