Sayu Hati Melihat Adik Nur Syiffa Auni Yang Menghidapi Penyakit Hidrosefalus. Ketahui Tanda Awalnya

Penyakit Hidrosefalus adalah pengumpulan cairan di rongga otak yang tidak seimbang sekaligus memberi tekanan pada bahagian kepala secara terus menerus sehingga menyebabkan kepala pesakit menjadi besar daripada normal. Kes ini terjadi dalam kalangan bayi dan anak-anak.

Hidrosefalus atau kata mudahnya ‘air di dalam otak’ yang akan menyebabkan kegagalan otak berfungsi dan merosakkan sel-sel otak. Begitulah yang terjadi pada seorang adik Nur Syiffa Auni yang mengalami penyakit ini. Kepalanya membesar sehingga pembesaran vertikel tahap serius dan ubunnya membonjol.

Berita ini menjadi tular di seluruh media sosial selepas seorang pengguna twitter memuat naik video pendek ayah kepada adik Nur Syiffa, Encik Yaakob sedang menguruskannya di atas katil. Anda boleh lihat rakaman video di bawah. Peringatan, kepada yang tidak kuat semangat, elakkan dari menontonnya…

Ya Allah, sedihnya…

Video ini telah memberi kesan yang mendalam buat seluruh rakyat Malaysia sehingga mendapat lebih 60 ribu retweet. Kepada yang ingin menyumbang untuk meringankan beban, anda boleh rujuk maklumat di bawah.

Tanda awal si kecil mempunyai gelaja ini adalah apabila mereka tidak mahu menyusu, sentiasa mengantuk, muntah dan mengalami sawan. Kajian turut mengatakan, penyakit ini berlaku kepada 2 daripada 1000 bayi terlahir dengan keadaan hidrosefalus.

Gambaran kepala bayi yang mengalami hidrosefalus…

Anak syurga! Semoga keluarga adik Nur Syiffa sabar dan kuat menempuh ujian ini. Amin.

 

 

 

Sumber: twitterinstagram mymahu

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna