“Sayang Redha Abang Kahwin Lain Tapi…” – Isteri Dai’Farhan Minta Jangan Viralkan Perkahwinan

Bercakap sahaja tentang Dai’ Farhan mungkin sudah ramai yang tahu tentang kekecohan berlaku di sebalik rumahtangga dia bersama pasangan di mana sudah tercetus peleraian talak satu kepada isterinya iaitu Fatin dan selepas berkahwin dengan wanita lain. Apabila ia melibatkan penceraian atau poligami mungkin isu ni cukup sensitif di kalangan kita sehingga ramai yang mengeluarkan pendapat masing-masing di media sosial tanpa ada pandangan yang berasas dan fakta sebenar.

Keadaan bertambah buruk apabila ada juga yang membuat spekulasi dengan menyatakan bahawa Dai’ Farhan telah melakukan kekerasan terhadap bekas isterinya, namun perkara tersebut disangkal sama sekali. Farhan menjelaskan bahawa Fatin sudah memberi keizinan untuk berkahwin lain tetapi sifat wanita yang mudah berubah dengan kata-kata orang luar membuatkan dirinya tidak berpegang pada kata-kata sebelum ini.

“Apa yang berlegar di media sosial, sangat bertentang dengan perkara sebenar. Bila ustaz nak kahwin dua, ustaz balik jumpa mak ayah mertua dan menyatakan hasrat. Mereka terima atau tidak terima itu bukan perkara yang perlu ustaz ambil tahu yang penting ustaz dah beritahu mereka.

Image result for dai farhan

Sumber: beautifulnara

Tiada Istilah Kahwin Senyap-Senyap

Percayalah tiada wanita dalam dunia ini  mampu menerima apabila suaminya ingin berkahwin lain. Perasaan sayu dan sedih menyelubungi diri Fatin tetapi lama-kelamaan dia terima hakikat dan takdir sehingga dia telah mengeluarkan ungkapan redha terhadap permintaan Farhan untuk berkahwin lain.

“Okay sayang redha abang nak kahwin lain, cuma abang jangan viralkan perkahwinan melainkan selepas cuti sekolah.”

Disebabkan perkara tersebut, Dai’ Farhan membuat keputusan untuk berdiam diri dan tidak memberitahu sesiapa tentang perkahwinan kali kedua tersebut sehingga baru sekarang dia bertindak untuk menghebahkannya. Sejujurnya, Fatin pernah berniat untuk suaminya berkahwin dengan kawan dia atas dasar semata-mata untuk bantu nasib wanita. Tapi apabila timbul fitnah sebegini, ia sangat mendukacitakan buat Farhan dan terus tabah untuk menghadapinya dari masa ke masa.

Image result for dai farhan

Sumber: beautifulnara

Bernikah Di Tanah Suci

Jika mengikut perancangan, Farhan berniat untuk melangsungkan pernikahan pada awal bulan 3 tahun depan tetapi ini lah yang dikatakan dengan jodoh, pertemuan dan ajal di tangan tuhan. Sebagai hamba Allah, kita mampu menyusun tarikh dan merancang segala perkara, tapi apabila ia kehendaki maka akan terus terjadi.

Sepanjang perjalanan rumah tangga bersama isteri pertama, Farhan mengaku bahawa pernah menolak permintaan 18 wanita yang ingin menjadi isteri keduanya, namun Aireen isteri kedua ini telah berjaya menyentuh hati Farhan tambah pula di tempat suci iaitu di depan Kaabah. Apa-apa pun, Donna doakan agar hubungan Da’i Farhan dengan bekas isterinya berpisah dengan cara baik dan diharapakan perkahwinan kedua ini memberi kebahagiaan sehingga ke jannah.

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Elak Penyakit Anemia, Jom Amalkan Makan Kerang Rebus

 

 

 

Sumber: youtube Mstar

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna