“Saya Tak Nak Terus Berada Dalam Perkahwinan Yang Penuh Toksik Ni…” – Lufya Omar Kesal

Selepas berlaku pergolakan rumah tangga di antara Lufya dan suami, akhirnya Lufya membuat keputusan untuk meredakan keadaan dengan menyerahkan segalanya kepada pihak mahkamah. Namun Dr Che Muhammad Hafiz gagal menghadirkan diri perkara ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanggapan daripada netizen di luar sana tentang keadaan yang sebenar berlaku.  Adakah suaminya tidak mahu untuk melepaskan Lufya dan mengapa dia bertindak sedemikian?

Mengaku bahawa diri sering disakiti, Lufya sangat terkilan apabila pasangannya tidak menunjukkan muka walaupun sudah diberi notis awal untuk hadir ke mahkamah.

Image result for anak lufya berapa orang

Sumber: mstar

Tak Mahu Terus Berada Dalam Perkahwinan Toksik

“Saya kena sembuh daripada kesakitan ini, selama ini saya seperti didera jiwa. Siapa yang kahwin nak bercerai, tapi saya dapat petunjuk sebaliknya. Saya tidak mahu lagi terus berada dalam perkahwinan yang penuh toksik ni”

Bukan mudah untuk menjadi seorang wanita yang diuji seperti ini dan dalam masa yang sama Lufya juga menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anak perempuannya. Bak kata pepatah berani kerana benar, begitu juga dengan Lufya yang tidak takut sekiranya mahu disaman atau hendak melakukan apa sekali pun, bahkan dia lebih bersedia.

Related image

Sumber: hangat

Digantung Tidak Bertali

Sudah hampir empat bulan digantung tidak bertali berkenaan kes tindakan dan dakwaan suaminya yang kertelaluan, Lufya masih belum menerima apa-apa makluman daripada pihak berkuasa. Berkesempatan untuk menghubungi Dr Che Muhammad Hafiz berkenaan kes di atas, dia menjelas bahawa ketidakhadiran ke mahkamah sudah dimaklumkan.

“Itu awak kena bertanya kepada pihak plaintif kerana dia yang membuat dakwaan kepada media… Jadi, dia kena jelaskan. Sepanjang saya tahu, saya sudah laksanakan tanggungjawab,”

Berkenaan isterinya digantung tidak bertali, Dr Che Muhammad mahu Lufya sendiri yang menjawab kerana dia yang membuat keputusan untuk mendedahkan perkara ini kepada media. Walaupun pergolakan rumah tangga mereka sudah lama berlaku namun Donna berharap agar pasangan ini dapat menyelesaikan ketegangan yang berlaku agar semuanya berjalan dengan baik.

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna