“Saya Tak Boleh Hidup Tanpa Anak, Saya Lebih Rela Bawa Je…- Stacy

Bukan hanya hebat dalam bidang nyanyian tetapi dengan gerak tarinya yang lincah memang tidak mengecewakan setiap persembahan yang dilakukan. Jika dulu ‘solo’ sekarang dah mempunyai dua orang anak, haa agak-agak boleh teka tak siapakah gerangan artis yang dikatakan tu?

Siapa lagi kalau bukan Ummu Shaikhah Stacy atau lebih mesra dengan panggilan nama Stacy. Biasalah as working mom ni banyak perkara yang perlu diuruskan dengan anak, memasak, melayan suami lagi memang sampai tak menang tangan lah. Tapi dalam kesibukan tu, mesti ada rasa nak travel kan, dengar certia Stacy tak boleh hidup tanpa anak kalau pergi travel, betul ke?

Sumber: Instagram

“Tinggal anak untuk travel? Hmm itu yang susah tu kalau nak buat keputusan. Kalau tanya saya, saya tak boleh hidup tanpa anak, saya lebih rela bawa je cuma tunggu dia besar sikit, senang sahaja get ready jom!”

Image result for stacy dan anak

Iyalah mak mana yang tak sayangkan anak, kadang-kadang tinggal sekejap pun dah rasa rindu. Alang-alang dah cakap pasal travel dengan anak ni apa kata Donna kongsikan tip untuk melancong bersama si kecil.

  • Bawa pakaian extra sepasang dua, mana tahu baju comot dan kotor ke.
  • Asing pakaian, bawa bag baby untuk lebih mudah.
  • Bawa stroller untuk kemudahan, tak ada lah kena dukung sentiasa.
  • Sediakan kudapan kalau tak nak anak meragam semasa perjalanan

Haa kepada ibu-ibu diluar sana yang masih pening time nak bawa anak melancong bersama, boleh la ikut tip seperti diatas. Sama ada nak tinggal anak atau bawa bersama, terpulang kerana setiap pasangan yang sudah berkahwin ni pasti ada gaya yang tersendiri bila nak travel. Apa kata anda plan bawa pasangan dan anak ke sini, mesti mereka suka. Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Bawa Keluarga Bercuti Ke Adelaide

 

 

 

 

 

Sumber: libur

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna