“Saya Suka Dekat Suami Orang, Tapi Saya Lelaki…” – Geng ‘Kunyit’ Semakin Liar

Luaran mungkin nampak gagah perkasa seperti lelaki normal namun siapa sangka, masih wujud lelaki sudah berkahwin menyimpan seribu satu rahsia di dalam hati yang menyukai golongan sejenis. Memang tak masuk akal! Tapi itu lah realiti kehidupan zaman sekarang yang menghantui ramai pasangan buat masa kini. Golongan songsang atau lebih dikenali sebagai LGBT memang semakin menjadi-menjadi dalam kalangan masyarakat kita tidak kira tua mahupun muda.

Jika semalam anda dikejutkan dengan berita dua lelaki yang telah dijatuhi hukuman denda RM 1000 di Mahkamah Rendah Syariah akibat melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam dengan bercium di dalam kereta. Hari ini Donna berkesempatan untuk berkongsi dengan anda tentang pengakuan berani mati lelaki ‘kunyit’ berdasarkan perkongsiannya di laman Facebook Kisah Rumah Tangga yang mendapat perhatian netizen.

Image result for gay

Sumber: indy

Dah Main Dengan 30 Orang Lelaki, Kebanyakan Suami Orang

Tanpa mendedahkan identiti individ tersebut mengakui bahawa menyukai suami orang kerana baginya lelaki yang sudah berumah tangga lebih nampak bergaya, matang dan penyayang. Sudah menjadi rutin apabila keluar sahaja dari rumah seperti ke tempat kerja, shopping complex atau kedai makan dia tidak akan teragak-agak untuk meminta nombor telefon pada suami orang yang nampak handsome di matanya.

Bukan setakat itu sahaja, lelaki itu juga bertindak untuk memilih pasangan lelaki yang sudah berkahwin dan add as friend di Facebook, yang mengejutkan kebanyakkan suami orang memberi respon yang positif. Alahai buat para isteri, berjaga-jagalah ye!

Related image

Sumber: freepik

Senang Skandal Dengan Lelaki

Disebabkan godaan nafsu yang kuat, dia sudah terlanjur dengan suami orang. Pada mulanya tertanya-tanya juga kenapa masih ada lelaki yang sudah berkahwin berminat dengan golongan sejenis juga, jawab mereka kerana sudah bosan dengan isteri. Dan ada pula, yang menyatakan bahawa isteri seorang tidak cukup untuk memuaskan nafsu dan keinginan mereka.

Bukan mudah nak meninggalkan aktiviti songsang ni, bila dah sekali terjebak musnah semuanya. Donna percaya ramai lelaki yang dikategori sebagai golongan ‘kunyit’ ini ingin kembali ke pangkal jalan tetapi tiada sokongan daripada masyarakat. Diharapkan agar kisah ini dapat menjadi pengajaran dan iktibar kepada pasangan berkahwin untuk lebih berhati-hati dan sebagai seorang isteri anda seharusnya lebih peka apabila suami bersikap aneh dan berubah secara tiba-tiba.

Hanya jauhari mengenal manikam, situasi tersebut boleh diibaratkan seperti itu kerana kebanyakkan kaum lelaki agak sukar untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Kalau boleh, check balik kawan-kawan suami anda boleh jadi kawan tu kekasih opps!

 

 

Untuk artikel yang lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Jom Belajar Masak Kari Ketam Sri Lanka Confirm Terangkat!

 

 

 

 

 

Sumber: berita harian & lowyat 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna